If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Kunjungan Hormat Kepada YB Dato’ Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Loading Map….

Date/Time
Date(s) – 05/05/2014
3:00 pm – 4:00 pm

Location
KPDNKK

Categories


Bagi menjalinkan hubungan baik dan semangat kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), pihak Persatuan Francais Malaysia telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YB Dato’ Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Objektif utama program ini diadakan bagi  memberi penerangan berkenaan perkembangan terkini MFA serta membincangkan bentuk kerjasama atau aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan dengan pihak KPDNKK dalam membantu mempertingkatkan lagi perkembangan industri francais di negara ini.

Antara program yang dibincangkan adalah berkenaan Program Pameran Francais Antarabangsa (FIM2014), Malam Anugerah Francais 2014, Perkampungan Francais dan lain-lain aktiviti.

Turut hadir, YBhg. Datuk Mohd Latip Sarrugi, Pengerusi MFA, Encik Izham Hakimi Hamdi, Timbalan Pengerusi MFA  Encik Mohamad Shukri Salleh, Setiausaha Agung MFA, Encik Rozaiman Che  Kar, Bendahari Agung MFA dan Encik Zainudin Zakaria, Ketua Eksekutif MFA.