If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Dianggap ‘bisnes kayangan’, program F3M lahirkan pemilik francais golongan B40, M40

Petaling Jaya, 28 Julai 2022,

Program Pembangunan Francas Mikro dan Mampu Milik (F3M) yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mula menunjukkan kejayaan dalam membantu melahirkan pemilik francais daripada golongan B40 dan M40.

Diperkenalkan sejak 2021, program F3M merupakan komitmen KPDNHEP dalam usaha meningkatkan penglibatan golongan B40 dan M40 dalam industri francais bukan sekadar sebagai pekerja di outlet francais tetapi sebagai pemilik kepada jenama terkenal francais tempatan.

KPDNHEP dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, turut melakukan lawatan ke outlet Global Art Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor, yang dimiliki oleh salah seorang daripada golongan B40, Cheong Shu Qi, di bawah pelaksanaan program F3M.

Global Art merupakan antara outlet francais tempatan bertaraf antarabangsa yang kini didapati mempunyai 168 outlet dalam negara dan 493 outlet di luar negara.

“Outlet Global Art Damansara Perdana merupakan salah satu outlet francais yang dilahirkan oleh KPDNHEP melalui inisiatif pemberian Geran Padanan di bawah pelaksanaan Program F3M.

“Sehingga kini, Global Art telah berkembang ke 21 negara antaranya Indonesia, Vietnam, Hong Kong, India, Australia, Arab Saudi dan Amerika Syarikat,” demikian menurut kenyataan tersebut.

KPDNHEP turut memaklumkan program F3M yang dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Francas Malaysia (MFA) itu telah berjaya menempatkan golongan B40 dan M40 dalam arus pembangunan industri francais serta mengikis persepsi bahawa francais merupakan perniagaan ‘kayangan’ kerana memerlukan modal yang besar.

“Pelaksanaan F3M juga merupakan komitmen KPDNHEP dalam usaha meningkatkan penglibatan golongan tersebut dalam industri francais bukan sekadar sebagai pekerja di outlet francais tetapi sebagai pemilik kepada jenama terkenal francais tempatan.

“Inisiatif F3M yang diperkenalkan pada 2021 dengan tujuan untuk meningkatkan bilangan perniagaan francais berskala mikro dan mampu milk dalam negara serta membantu meningkatkan kualiti hidup golongan B40 dan M40 untuk menjana pendapatan,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPDNHEP, program F3M bukan sahaja memberi peluang kepada francaisor mengembangkan jenama francais mereka tetapi juga dapat melahirkan lebih ramai pemain industri francais khususnya dalam kalangan generasi muda M40 dan B40 selaras dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan sera mengurangkan kadar pengangguran.

“Adalah diharapkan agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk meneruskan program F3M in untuk jangka masa panjang bagi melahirkan lebih ramai pemilik perniagaan francais pada masa hadapan dan penciptaan pekerjaan baharu,” menurut kenyataan itu lagi.

Sumber: M Star

Artikel Penuh: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2022/07/28/kikis-persepsi-dilabel-perniagaan-kayangan-program-f3m-lahirkan-pemilik-francais-golongan-b40-m40