If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Cherry Mart tawar francais buka pasar raya

8 Januari 2022, Kuala Lumpur,

Cherry Mart iaitu pasar raya penuh bumiputera milik Amatera Sdn. Bhd. menawarkan program francais kepada mereka berminat untuk menceburi bisnes peruncitan di negara ini.

Pengurus cawangannya, Hasrul Hisham berkata, pihaknya berharap kehadiran lebih banyak cawangan Cherry Mart pada masa akan datang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua lapisan masyarakat.

Menurut beliau, ia sekaligus dapat membantu merancakkan kembali ekonomi negara di sebalik ribuan syarikat terpaksa menutup perniagaan sejak pandemik Covid-19.

“Kesan penularan wabak Covid-19 sejak dua tahun lalu ternyata memberi tamparan yang hebat kepada ekonomi negara dan dunia amnya.

“Justeru bagi yang berminat membuka cawangan francais Cherry Mart, modal permulaan diperlukan hanya sekitar RM500,000 bergantung kepada keluasan lot kedai.

“Sebagai strategi perniagaan Cherry Mart menyasarkan lokasi komersil dan strategik kecuali membukanya di pusat membeli-belah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cherry Mart membuka membuka cawangan perdananya secara rasmi di Kajang, Selangor semalam.

Pasar raya  itu berkonsepkan pasar basah, kombinasi dengan citarasa kampung berhawa dingin itu menjual pelbagai makanan laut segar, termasuk daging dan ayam halal dengan proses penyembelihan mengikut syarak termasuk sayur-sayuran yang segar dari ladang.

Hasrul menambah, Cherry Mart menjanjikan persekitaran dan suasana yang selesa di mana keunikan pasar raya itu bukan sahaja terletak pada harganya yang berpatutan.

Namun jelas beliau, pihaknya turut menumpukan kepada perkhidmaran yang efisyen dikenali sebagai  ‘Potong, Bungkus, Hantar’ bagi pelanggan yang mahukan penghantaran terus ke depan pintu rumah.

“Berdasarkan maklum balas pelanggan, Cherry Mart dianggap unik kerana kami turut menawarkan barangan untuk masakan Thai dan Pantai Timur yang cukup digemari rakyat Malaysia.

“Bagi penduduk sekitar Bangi, Kajang, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya, Sepang dan Nilai boleh mendapatkan khidmat penghantaran ini bermula 15 Jan ini menerusi laman web www.cherrymart.com.my atau boleh hubungi talian mesra pelanggan kami di 017-789 7787,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette

Artikel Penuh: https://malaysiagazette.com/2022/01/08/cherry-mart-tawar-francais-buka-pasar-raya/