If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

13,779 premis francais dibuka, 49,000 peluang pekerjaan ditawar

Kuala Lumpur, 8 September 2022,

SEBANYAK 49,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui industri francais susulan pembukaan 13,779 premis di seluruh negara sepanjang tahun lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri, berkata, jumlah premis itu menunjukkan peningkatan sebanyak 47 peratus berbanding pada tahun 2020.

“Saya jangkakan lebih banyak peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan menerusi peningkatan bilangan syarikat francais di dalam negara.

“Malah, jenama Francais Malaysia berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia dengan lebih 68 jenama di 74 negara.

“Dalam merancakkan pertumbuhan serta nilai jualan industri francais menjelang 2025, sektor itu disasarkan untuk meningkatkan nilai jualan daripada RM14.65 bilion pada 2020 kepada RM22.66 bilion menjelang 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (FIM 2022) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) Datuk Radzali Hassan dan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam.

ementara itu, Alexander berkata, pihaknya menjangkakan potensi besar kejayaan dalam industri itu dengan lebih banyak pembabitan golongan B40 dalam sektor ini.

“Kita sudah menjalankan dua program iaitu Program Francais Mampu Milik dan Program Francais Mikro pada tahun lalu yang akan diteruskan sehingga tahun depan melalui galakkan dana bagi penyertaan golongan B40.

“Ia adalah sebagai pemudah cara untuk golongan berkenaan yang kekurangan modal menyertai industri francais menggunakan bantuan kementerian,” katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Radzali berkata, FIM adalah satu-satunya program pameran dan persidangan francais terbesar di Asia Tenggara dengan rekod penganjuran selama 28 tahun.

“Pameran dan persidangan kali ini menampilkan pelbagai jenama francais tempatan dan antarabangsa dari sembilan negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, China, Indonesia, Itali, Korea Selatan, Singapura serta Taiwan.

“FIM memainkan peranan penting sebagai platform dan wadah untuk penggiat industri ini serta bakal usahawan dari dalam dan luar negara berkumpul bagi mewujudkan sesi perbincangan dalam membina rangkaian perniagaan,” katanya.

Sumber: Edisi 9

Artikel Penuh: https://www.edisi9.com.my/2022/09/13779-premis-francais-dibuka-49000-peluang-pekerjaan-ditawar/