February 21, 2023

FRANCHISE BOWLING TOURNAMENT 2023

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Pertandingan akan dijalankan sebanyak tiga (3) permainan. Setiap kumpulan mesti terdiri daripada 4 orang pemain.
  2. Setiap kumpulan mesti terdiri daripada pemain lelaki dan Wanita.
  3. Setiap pemain mestilah terdiri dari pekerja dalam organisasi tersebut.
  4. Kedudukan lane semua pasukan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
  5. Semua pasukan akan bermain secara `cross lane’.
  6. Jadual pertandingan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
  7. Format pertandingan
  8. Cara Permainan (Style of Play)

Setiap permainan akan dilangsungkan di atas sepasang Lorong. Individu atau pasukan akan mengikut susunannya bermain satu frame yang berikutnya pada Lorong yang sebelahnya (cross lane). Cara permainan ini akan digunakan sehingga permainan tamat.

  1. Gangguan semasa permainan

Jawatankuasa penganjur mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan supaya permainan yang terganggu disambung pada sepasang Lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa masalah kerosakan mesin.  Permainan (game) yang terganggu itu mesti disambung dari frame di mana gangguan itu berlaku.

  1. Bermain di Lorong yang salah
  • Bila seseorang peserta bermain dilorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu dianggap sebagai bola mati dan peserta tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada Lorong yang salah tadi.
  • Sekiranya kesalahan itu ditemui selepas peserta kemudian membaling bolanya, maka mata yang diperoleh itu tidak akan diambil kira dan peserta tersebut dikehendakai bermain semula di frame yang kemudiannya pada Lorong yang salah tadi.
  1. Kehilangan skor semasa gangguan elektrik
  • Sekiranya berlaku gangguan di TV monitor di mana skor permainan yang sedang berlangsung hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka peserta terbabit dikehendaki bermain semula pemainan tersebut. Akan tetapi, jika skor dapat dicatatkan makai a akan bersambung dari frame mana ia berhenti.
  • Permainan yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan
  • Pasukan dan peserta tidak boleh mengambil kira kesempatan ini untuk meminta sesuatu permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula.
  1. Penarikan diri
  2. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan bagi pasukan yang menarik diri dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permainan berlangsung.
  3. Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang permaianan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum permaianan bermula.
  4. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan jika pemain didapati melanggar mana-mana syarat penyertaan di atas.