If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

The Manhattan Fish Market rancang cawangan di Mauritius

Kuala Lumpur, 18 Oktober 2019,

Pengendali restoran makanan laut Malaysia, The Manhattan Fish Market merancang membuka cawangan di Mauritius di bawah perkongsian francais.

Syarikat itu sudah menandatangani perjanjian, namun restoran pertama hanya akan dibuka pada awal 2021 sebaik pusat membeli-belah yang bakal menempatkan restoran itu beroperasi sepenuhnya.

“Kami akan membuka dua restoran di Mauritius. Perjanjian itu adalah sebahagian usaha untuk membuka 100 cawangan di Malaysia dan luar negara dalam tempoh lima tahun,” kata pengurus bahagian francais, Amril Rizar kepada Bernama.

Jenama tempatan yang mula beroperasi pada 2002 itu, kini mengendalikan 60 restoran di 15 negara.

Syarikat sedang mengintai peluang di beberapa negara Arab, Asia Selatan dan rantau ASEAN untuk menjalinkan kerjasama berpotensi.

21.10 3

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh; https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/10/619094/manhattan-fish-market-rancang-cawangan-di-mauritius

  • 21.10 3