If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Teh Tarik Place ‘belanja makan’ semua olimpian Tokyo 2020 seumur hidup

Petaling Jaya, 15 Ogos 2021,

Bukan seorang, tetapi kesemua wira dan wirawati negara yang menggalas cabaran Malaysia ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo bakal menerima produk makanan dan teh tarik secara percuma sepanjang hayat mereka.

‘Rezeki’ tersebut dikongsikan oleh restoran terkemuka negara, Teh Tarik Place sebagai membalas jasa serta menghargai keringat yang dicurahkan olimpian ketika menyertai temasya di negara matahari terbit itu.

“Bendera Malaysia telah berkibar tinggi dan megah di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kami bersorak dengan penuh semangat untuk 30 atlet yang mewakili Malaysia di dalam 10 jenis sukan.

“Saingan daripada 11,000 atlet melibatkan 206 negara sudah pasti akan memberikan tekanan kepada mereka.

“Semasa atlet sedang berjuang untuk menggapai kemenangan di sana, semangat dan kebanggaan rakyat Malaysia terus tersemat di hati kami,” kata Teh Tarik Palace, yang juga anak syarikat kepada Craveat International, menerusi satu kenyataan akhbar hari ini.

Craveat International juga adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat yang dimiliki oleh Techna-X Berhad, sebuah syarikat awam yang tersenarai dan diperdagangkan di dalam Bursa Malaysia sejak tahun 2007.

“Liputan akhbar dan reaksi negatif yang diterima oleh atlet negara adalah sangat mengecewakan. Kami ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua atlet Malaysia.

“Walaupun ada yang meragui, kami tetap mengakui pengorbanan, semangat dedikasi dan kesukanan yang ditunjukkan oleh atlet sepanjang Sukan Olimpik ini berjalan,” kata Pengerusi Eksekutif Techna-X, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Craveat International, Lee Yew Jin berkata, pihaknya sangat menghormati kesungguhan dan disiplin yang diperlukan oleh atlet dalam usaha meraih kejayaan.

“Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kerana menaikkan nama negara, kami ingin mengumumkan pemberian seumur hidup berupa teh tarik dan produk makanan kepada semua olimpian negara,” katanya.

Dalam temasya edisi ke-32 itu, Malaysia berjaya membawa pulang satu perak dan satu gangsa masing-masing menerusi jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang serta beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

MN8

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel Penuh: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/teh-tarik-place-belanja-makan-semua-olimpian-tokyo-2020-seumur-hidup/

  • MN8