If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Tealive rangkul dua anugerah pada AHBA 2019

KUALA LUMPUR, 6 Dis 2019,

Loob Holding Sdn Bhd (Loob Holding), pengeluar jenama minuman teh, Tealive, dinobatkan sebagai penerima Asia Halal Brand Awards (AHBA) 2019 bagi kategori Jenama Teh Gaya Hidup Terbaik dan Majikan Cemerlang.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo, dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Tealive, Khairul Anuar Baharudin, pada satu majlis, di sini, malam ini.

Bryan ketika ditemui berkata, anugerah berkenaan penting kerana AHBA disokong sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), agensi yang diamanahkan untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah hab halal.

“Ini adalah satu pencapaian luar biasa bagi Tealive dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga Loob Holding atas segala usaha yang mereka lakukan untuk memastikan jenama ini patuh kepada proses pensijilan halal supaya semua orang dapat menikmati Tealive tanpa was-was.

27.12.2

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/635990/tealive-rangkul-dua-anugerah-pada-ahba-2019

  • 27.12.2