If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Syarikat Malaysia mahu ceburi sektor francais India

NEW DELHI: Syarikat-syarikat Malaysia sedang mengenal pasti rakan kongsi francais di India bagi merebut potensi pertumbuhan keusahawanan di negara itu.

Pameran francais India yang bermula pada Sabtu, mengetengahkan beberapa jenama terkemuka di Malaysia, termasuk The Manhattan Fish Market, Marrybrown, MuzArt, Celmonze, Saudagar Kurma dan Global Art.

Tiga agensi – Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Persatuan Francais Malaysia – juga mengambil bahagian di bawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada Ekspo Francais India 2019 di Pragati Maidan di New Delhi, yang berlangsung selama dua hari.

Sektor utama yang diwakili pada pameran itu termasuk makanan dan minuman, runcit, pendidikan, gaya hidup, fesyen, dan kesihatan dan kesejahteraan.

2

Sumber: Free Malaysia Today

Artikel Penuh: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/11/syarikat-malaysia-mahu-ceburi-sektor-francais-india/

  • 2