If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Sejagat Global terus kukuh jenama

21 Jun 2018,

SYARIKAT Bumiputera, Sejagat Global Sdn Bhd (Sejagat Global) yang menghasilkan produk penjagaan kesihatan menyasarkan jualan produknya meningkat sebanyak 60 peratus menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdullah Salleh Zubir berkata, Sejagat Global optimis sasaran itu mampu dicapai berikutan lebih 50 produknya kukuh bagi segmen masing-masing dalam pasaran tempatan.

Menurutnya, sasaran itu juga dipacu oleh langkah proaktif syarikat memperuntukkan sebanyak RM17 juta untuk mengadakan promosi yang agresif sama ada di media dan platform media sosial secara berterusan untuk mengukuhkan jenamanya.

“Kami berkeyakinan sasaran itu dicapai berikutan pencapaian nilai jualan produk syarikat bermula Januari sehingga Mei 2018 meningkat 37 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu. Peningkatan ini dipacu strategi syarikat yang memperkemaskan sistem sedia ada, memfokuskan untuk merekrut  fighter kami untuk menguasai teknik pemasaran yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Iftar Sejagat Global bersama anak yatim dan penyampaian anugerah khas kepada super leader, leader dan fighter.

Abdullah Salleh Zubir berkata, program sebegitu diadakan pada setiap tahun untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan bersama mereka yang kurang berkemampuan.

Turut diadakan ialah penyampaian anugerah kepada Super Leader, Leader, dan Fighter Sejagat Global dari seluruh negara yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun.

“Produk Sejagat Global boleh didapati di 5,000 kedai, toko jamu dan farmasi terpilih.

“Sejagat Global juga menyediakan ruang kepada usahawan untuk berniaga produk dengan modal yang rendah serta mudah dijual.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel Penuh : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sejagat-global-terus-kukuh-jenama-1.847408