If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

QSR unjur RM5 bilion

Balik Pulau, 29 Ogos 2018,

QSR Brands (M) Holdings Bhd, pengendali rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia dan negara jiran menyasarkan pendapatan RM5 bilion di rantau Asia Tenggara tahun ini berbanding RM4.4 bilion tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, terdapat 25 juta pelanggan KFC di Malaysia setiap bulan yang membolehkan pendapatan di peringkat serantau meningkat antara 20 hingga 30 peratus tahun lalu.

Katanya, syarikat juga dijangka membuka 36 restoran KFC dan 20 restoran Pizza Hut baharu di negara ini pada 2019.

“Kerjasama strategik (bersama pemaju hartanah) menawarkan peluang yang baik kepada QSR Brands mengembangkan perniagaan dan perkhidmatan restoran. Sebagai peneraju pasaran industri restoran khidmat pantas tempatan, kami menyasarkan untuk mudah diakses pelanggan,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama antara QSR Brands dengan MTT Properties & Development Sdn Bhd (MTT Properties) bagi pembangunan restoran berkenaan.

4.9.2018

Sumber: Harian Metro

Artikel Penuh: https://www.hmetro.com.my/bisnes/2018/08/372320/qsr-unjur-rm5-bilion

  • 4.9.2018