If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

PNS, GLC bangunkan model perniagaan francais

Kuala Lumpur, 3 Jun 2019,

Perbadanan Nasional Bhd (PNS) sedang membangunkan model perniagaan francais syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk mengubah pekerja sebagai usahawan kepada majikan.

Ketua Pegawai Operasi PNS, Azlina Juliani Abd Jalil, berkata PNS sedang berbincang dengan empat GLC untuk firma berkenaan menjadi perintis model francais baharu itu dan dijangka memeterai usaha sama berkenaan November ini sempena ulang tahun PNS ke-50.

“Modul perniagaan ini akan membabitkan peralihan daripada tenaga kerja mahir kepada usahawan francais yang berpayungkan majikan sebagai francaisor.

“Kami melihat inisiatif ini sebagai menang-menang kepada majikan dan pekerja serta relevan bagi kelangsungan dan kelestarian GLC yang berdepan cabaran semasa seperti perbelanjaan modal dan operasi yang semakin meningkat,” katanya kepada BERNAMA dalam satu temubual.

2.7 2

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/06/570883/pns-glc-bangunkan-model-perniagaan-francais

  • 2.7 2