If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Platform digital tingkat pemasaran MyeongDong Topokki

Shah Alam, 11 Jun 2020,

Ketua Pegawai Eksekutif MyeongDong Topokki, Vincent Lua menyifatkan pelancaran ‘cloud kitchen’ dan kit ‘MDT Apron’ pada Januari lalu dilihat berjaya mengekalkan jenama rangkaian Restoran Segera Kasual Korean Street Food dalam kalangan pelanggannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, perancangan untuk membuka ‘cloud kitchen’ telah dilakukan lebih awal apabila melihat kepada senario pandemik koronavirus (Covid-19) di beberapa negara luar khususnya di China pada penghujung Disember lalu.

“Kita lihat kesannya telah menyebabkan beberapa negara terpaksa berdepan dengan ‘lockdown’ dan restoran-restoran juga ditutup dan kebanyakan pengusaha restoran menukar konsep asal mereka kepada ‘delivery’.

“Malah apabila mereka kembali beroperasi, pelanggan tidak ramai yang datang. Jadi kita ambil pendekatan membuka ‘cloud kitchen’ dan kit ‘MDT Apron’ untuk diadaptasi dengan normal baharu masyarakat sepanjang PKP,” katanya selaku panelis pada program Webinar Bizfrancais: Francais di Bawah Norma Baharu di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Turut menjadi panelis pada program itu ialah Ketua Bahagian Pembangunan Francais, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Mazlan Ibrahim dan Perunding Francais, Smart Franchise Partners Sdn Bhd, Sahar Sahad

Ketua Pegawai Eksekutif MyeongDong Topokki, Vincent Lua (kanan) selaku panelis pada program Webinar Bizfrancais: Francais di Bawah Norma Baharu di Dewan Karangkraf hari ini.
Mengulas lanjut, Vincent berkata, kit ‘MDT Apron’ yang diperkenal itu juga membolehkan pelanggan memasak sendiri di rumah sepanjang tempoh PKP sekali gus membantu memperkukuhkan jenama MyeongDong Topokk itu sendiri.

Katanya, selain dua pendekatan yang diambil itu, pihaknya juga turut memperkasakan lagi pemasaran menerusi platform digital untuk membantu meningkatkan jualan di kesemua 40 outletnya yang berada di Lembah Klang, Terengganu, Pulau Pinang dan Melaka.

“Ini merupakan antara inisiatif yang diambil untuk membantu francais kerana kami faham mereka juga tertekan dengan senario yang berlaku sepanjang PKP dilaksanakan.

“Begitupun sebelum pelaksanaan PKP, kita telah memaklumkan kepada francais kami berhubung strategi-strategi syarikat untuk membantu mereka menerusi pemasaran digital termasuklah melalui perkhidmatan penghantaran.

“Dalam tempoh PKP ini juga kita berjaya menaikkan perkhidmatan penghantaran daripada 40 peratus kepada 95 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Vincent berkata, pendekatan yang dilakukan itu dilihat mampu membantu francais mengharungi tempoh sukar dan terus kekal beroperasi sehingga kini.

“Pihak syarikat tidak boleh menurunkan kos operasi kerana perlu menanggung kos-kos lain termasuk overhead.

“Jadi kami perlu menyesuaikan keadaan dengan segera daripada pelanggan makan di restoran kepada perkhidmatan penghantaran,” katanya.

1

Sumber: Sinar Harian

Artikel penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/87390/BERITA/Nasional/Platform-digital-tingkat-pemasaran-MyeongDong-Topokki

  • 1