If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

PIPFN dijangka lonjak jualan francais sekali ganda menjelang 2025

Putrajaya, 29 Jun,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) optimis industri francais mampu mencatatkan peningkatan jualan sehingga sekali ganda pada 2025.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, peningkatan jualan itu mampu dicapai berdasarkan trend semasa jualan daripada industri itu sejak 2018

“Harapan kita supaya penghujung 2025, dari segi nilai dalam industri francais ini akan jauh bertambah daripada yang ada sekarang

“Sejak dua tiga tahun lepas, kita dapat tambah jualan francais ini dalam RM11 bilion, dan ia telah meningkat pada 2019 kepada RM13 bilion di mana meningkat dalam RM2 bilion.

“Jadi kita mengharapkan tibanya nanti 2025 dalam pelan yang kita akan buat ini kalau boleh berganda (nilai jualan) kalau tidak pun dalam angka yang besar,” katanya pada sidang media di KPDNHEP, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan Sesi Perbincangan Meja Bulat bersama 51 pemain industri francais tempatan anjuran bersama Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk merangka Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2021-2025.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu memberi kesan kepada sektor ekonomi, namun beliau yakin pelan lima tahun itu mampu membuahkan hasil.

“Ekonomi boleh pulih sebab itu kita optimistik melihat ke depan dalam pemulihan kita.

“Covid-19 tidak akan menjejaskan sasaran jualan berganda menjelang 2025,” jelasnya.

Walaupun akui banyak sektor terjejas akibat Covid-19, namun pelan lima tahun yang bakal dibentuk itu mempunyai cukup masa untuk melonjak kembali permintaan pasaran.

“Memang impak negatifnya sudah terkesan, dalam beberapa bulan ini memang betul kita masih dalam keadaan yang terkesan secara negatif, bukan francais saja, bahkan sektor-sektor lain, ekonomi kita dijangka masih menurun.

“Tapi lima tahun ke depan kita harap banyak akan balik kembali pulih dan semestinya kita di peringkat sekarang kita buat satu pelan jangka panjang iaitu lima tahun

“Pelan lima tahun ini lebih realistik berbanding pelan untuk dua tahun, ia cukup masa untuk mencapai matlamatnya,” katanya.

Dalam pada itu, KPDNHEP bukan sahaja menyediakan program untuk merancakkan industri francais dalam negara tetapi juga untuk membawa jenama francais Malaysia ke persada antarabangsa.

“Syarikat francais juga diseru merebut peluang yang diberikan oleh Kerajaan untuk membangunkan perniagaan masing-masing sehingga ke luar negara.

“Industri francais juga dijemput menyertai Karnival Jualan Malaysia 2020 dan merancakkan Kempen Beli Barangan Malaysia sepanjang Julai hingga Disember 2020, khususnya KJM Online Mega Sales pada November 2020 yang disediakan khas untuk industri e-dagang, francais dan jualan langsung,” katanya.

Alexander juga tidak menolak kemungkinan normal baharu kini iaitu penggunaan e-dagang yang semakin meningkat mampu melonjak nilai pasaran bagi industri francais ini.

“Platform e-dagang kini memang satu normal baharu sekarang ini, kalau dulu memang sudah ada tapi tak serancak macam hari ini.

“Francais ini perniagaan biasa, bagaimana transaksi dibuat itu dengan cara baharu, ada cara konvensional, orang masuk ke kedai beli belah secara fizikal memang biasa.

“Tapi francais juga boleh membuat transaksi secara dalam talian, ia melengkapi industri ini, bukan nak berlawan,” katanya. – MalaysiaGazette

6

Sumber: Malaysia Gazette

Artikel penuh: https://malaysiagazette.com/2020/06/29/pipfn-dijangka-lonjak-jualan-francais-sekali-ganda-menjelang-2025/

  • 6