If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

OldTown – MFA beri makanan percuma

Kuala Lumpur, 19 Feb 2021,

Bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan dan terkesan dek pandemik Covid-19, rangkaian restoran kopitiam halal terbesar Malaysia iaitu Oldtown Kopitiam dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) mengadakan program FRANCHISE CSR – OLDTOWN MEALS GIVEAWAY kepada golongan yang memerlukan.

Pemberian makanan percuma ini melibatkan 20 outlet francais terpilih OLDTOWN Kopitiam di tiga zon iaitu zon Utara, zon Selatan dan Lembah Klang.

Pengerusi Jawatankuasa Halal OLDTOWN, Datuk Ahmed Lope Pihie Tasir berkata, pandemik COVID-19 bukan sahaja memberi impak yang besar kepada perniagaan bahkan ianya juga memberi kesan langsung kepada masyarakat apabila ada di antara mereka yang kehilangan sumber pendapatan.

“Lebih-lebih lagi apabila pihak kerajaan melaksanakan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak ini, banyak perubahan yang perlu diaplikasikan terutamanya ibu bapa yang perlu berbelanja lebih bagi mendapatkan gajet dan peralatan yang lengkap untuk anak-anak belajar di rumah.

“Walaupun kami juga turut terkesan dengan wabak pandemik ini, kami tetap prihatin terhadap nasib masyarakat di luar sana. Kami berharap dengan sedikit sumbangan seperti ini dapat membantu dan meringankan beban mereka yang berada di sekitar kawasan outlet kami.” Katanya lagi dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pemberian makanan percuma berbentuk 50 bungkus makanan berat, roti sandwich dan air itu berlangsung pada 18 Feb sehingga 3 Mac ini di outlet OLDTOWN terpilih termasuk Tesco Bagan Ajam, Penang; Bandar Sunway, Penang; Jelutong, Penang; Auto City, Penang; Jalan Genuang, Johor; Batu Pahat Mall, Johor; Lien Hoe, Johor; Taman University, Johor; Melaka Raya, Melaka; Pandamaran; Equine Park; Mines Mall; Taipan; Ikon Connaught; One City, USJ; Kuchai Lama; Pearl Point; Ampang Water Front; Metro Point, Kajang dan Jalan Kuching.

Sementara itu, pihak MFA menyambut baik sebarang bentuk kerjasama daripada ahli MFA dan penggiat industri francais bagi aktiviti kemasyarakatan seperti ini. MFA menyifatkan program FRANCHISE CSR yang dianjurkan ini sebagai tanda keperihatinan MFA terhadap golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain dapat mempromosikan jenama francais kepada orang ramai.

Menurut Pengerusi MFA, Datuk Dr. Hj Radzali Hassan, MFA akan meneruskan inisiatif seumpama ini serta mengalu-alukan lebih banyak lagi penggiat francais daripada pelbagai sektor untuk turut serta dalam program FRANCHISE CSR pada masa akan datang.

2

Sumber: DagangNews.com

Artikel Penuh: https://dagangnews.com/oldtown-mfa-beri-makanan-percuma

  • 2