If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Nilai jualan industri francais diunjur meningkat berganda

Putrajaya, 29 Jun,

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengunjurkan nilai jualan dan sumbangan industri francais kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan meningkat berganda pada 2025 berbanding 2019.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata unjuran itu berdasarkan kepada perancangan kementerian melalui Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2021-2025.

Beliau berkata, kementerian prihatin dengan isu sedia ada dan ketika ini terus mendapatkan input daripada peserta industri sebelum merangka PIPFN 2021-2025.

Langkah ini, katanya, bertujuan untuk memastikan industri francais di Malaysia dapat berkembang dengan lebih sihat dan seterusnya dapat menawarkan pakej yang kondusif dengan permintaan semasa.

“Pelan induk ini diharap dapat meningkatkan industri francais dan terus menyumbang kepada KDNK negara selain memperluaskan penguasaan industri ini ke peringkat global. Kementerian berharap satu pelan yang kondusif dan mesra perniagaan dapat dibangunkan.

“Sepanjang Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) iaitu dari 2016 hingga 2020, kementerian menyediakan peruntukan sebanyak RM2.464 juta untuk pembangunan francais domestik dan RM8 juta untuk pengembangan francais.

“Dalam tempoh itu, bilangan syarikat francais telah meningkat daripada 211 syarikat pada 2016 kepada 258 syarikat pada 2020. Nilai jualan syarikat francais juga meningkat daripada RM8.62 bilion pada 2016 kepada RM11.15 bilion pada 2018,” katanya selepas sesi perbincangan meja bulat bersama industri francais di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid dan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

PIPFN adalah pelan lima tahun yang menyeluruh, membolehkan industri francais menggandakan nilai mereka.

Ia juga sebahagian daripada pelan pemulihan jangka panjang kementerian pasca COVID-19.

KPDNHEP juga menjemput industri francais menyertai Karnival Jualan Malaysia 2020 (KJM 2020) dan merancakkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) sepanjang Julai hingga Disember 2020, khususnya KJM Online Mega Sales pada November ini yang disediakan khas untuk industri e-dagang, francais dan jualan langsung.

5

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/06/705443/nilai-jualan-industri-francais-diunjur-meningkat-berganda

  • 5