If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

MFA, Shopee bekerjasama promosi produk francais tempatan

Putrajaya, 19 Jun,

Persatuan Francais Malaysia (MFA) bekerjasama dengan platform beli-belah atas talian utama Malaysia, Shopee untuk mempromosikan produk francais tempatan.

Pengerusi MFA, Datuk Dr Radzali Hassan, berkata melalui kerjasama itu, penggiat francais dapat membuka kedai rasmi dan mempromosikan baucar pembelian atau produk masing-masing dengan kaedah secara dalam talian.

“Sekiranya francais mengadakan promosi di Shopee, pembeli juga berpeluang menikmati penjimatan yang besar apabila melakukan pembelian,” katanya pada majlis sidang media memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara MFA dan Shopee, hari ini.

Beliau memeterai MoU itu bagi pihak MFA manakala Shopee Malaysia diwakili Ketua Kluster Barangan Pengguna Laris, Tan Ming Kit.

MoU disaksikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi.

Radzali berkata, antara sebab utama Shopee dipilih sebagai rakan strategik MFA adalah untuk menggunakan rangkaian platformnya bagi mempromosikan francais di luar negara seperti Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand.

Shopee turut melancarkan pelbagai langkah bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk pulih daripada kesan COVID-19.

Sementara itu, Ming Kit berkata, platform itu melancarkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM15 juta pada April lalu untuk membantu PKS tempatan berada dalam talian dan memastikan mereka mencatatkan prestasi baik di Shopee.

“Minggu lalu, kami menyempurnakan kempen Jom Cari Makan pertama bagi membantu lebih daripada 400 kedai makanan dan minuman ketika mereka memasuki fasa pemulihan.

“Kempen ini menawarkan lebih daripada 1,000 baucar makanan dengan diskaun hingga 50 peratus dan pada hari puncak kempen pada 13 serta 14 Jun, peniaga mencatatkan peningkatan penjualan sebanyak 12 kali ganda.

“Malah, banyak jenama yang menyaksikan kenaikan pesanan adalah ahli MFA,” katanya.

BH

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/06/701987/mfa-shopee-bekerjasama-promosi-produk-francais-tempatan

  • BH