If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Marrybrown perkenal hidangan Nasi Kandar

JOHOR BAHRU: Restoran makanan segera, Marrybrown Sdn Bhd (Marrybrown) memperluaskan segmen perniagaan makanannya dengan memperkenalkan Nasi Kandar Marrybrown yang akan berada di pasaran mulai 13 Mac ini.

Pengurus Besar Operasi dan Latihan, Daryl Ng, berkata syarikatnya yang beroperasi sejak 30 tahun lalu, menyifatkan langkah itu sebagai memberi peluang kepada syarikat mengekalkan jenama Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) tempatan pertama dan terbesar di Malaysia.

Katanya, hidangan promosi terkini itu disasarkan menyumbang 20 peratus kepada peningkatan jualan keseluruhan syarikat.

“Menu terbaru itu ditawarkan untuk tempoh terhad dengan hidangan ayam goreng rangup, bendi dan papadam dilengkapi nasi bersama kuah kari padat berperisa didatangkan bersama minuman teh limau ais pada harga serendah RM11.90.

“Tempoh tawaran bermula 13 Mac sehingga 30 April ini. Kuah kari yang pekat dan cukup rasa mampu meningkatkan selera, sekali gus mampu menarik minat pelanggan Marrybrown,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah Peraduan Makan dan Menang Marrybrown di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Perniagaannya, Michael Liew.

Daryl berkata, Marrybrown kini menguruskan lebih 350 cawangan di Malaysia dan 16 negara lain termasuk China, Indonesia, India, Maldives, Afrika, Brunei, Myanmar, Thailand dan Singapura, dengan 80 peratus daripadanya dikendali secara francais.

“Pertumbuhan jualan yang memberangsangkan tahun lalu dan permintaan kukuh industri makanan serta minuman mendorong syarikat untuk terus mengembangkan pasaran,” katanya. Katanya, perbincangan masih dilakukan dengan beberapa negara luar bagi membuka sekurang-kurangnya empat cawangan secara francais.

Daryl berkata, syarikat turut merancang membuka antara 20 hingga 25 cawangan baharu di setiap negeri, manakala nilai pelaburan itu bergantung kepada saiz dan lokasi cawangan dibuka.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/257102