Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kemakmuran rantau ini seharusnya berupaya menarik perhatian para pelabur dan Malaysia secara khusus boleh menjadi platform untuk syarikat berkenaan melancarkan produk serta perkhidmatan masing-masing bagi pasaran baharu.