PNS yang merupakan agensi milik Kementerian Kewangan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.

Turut serta di dalam lawatan itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Pengerusi PNS, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee dan Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin.

 JOHARI Abdul Ghani dan Hamzah Zainudin bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah PNS semasa melawat ibu pejabat agensi berkenaan di Bangsar South City, Kuala Lumpur, baru-baru ini.