If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

LOOB sasar ke Bursa Malaysia tahun depan

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2019,

Loob Holding Sdn Bhd, yang memiliki jenama teh Tealive merancang tawaran awam permulaan (IPO) yang akan menjana sehingga RM300 juta, demikian menurut individu yang rapat dengan perkembangan itu.

Sumber yang enggan dinamakan itu berkata, syarikat beribu pejabat di Kuala Lumpur itu juga sudah melantik penasihat bagi penjualan saham yang dirancang.

Katanya, Loob sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan penilaian sebanyak RM1 bilion dan menyasarkan penyenaraian pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo mengesahkan syarikatnya merancang untuk disenaraikan pada separuh pertama 2020.

“Kami telah melantik penasihat korporat untuk proses ini. Kami tidak dapat mengesahkan penilaian yang diminta atau IPO, masih menunggu cadangan akhir daripada penasihat kami,” katanya dalam jawapan kepada pertanyaan Bloomberg.

14.5 1

Sumber : Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/05/563380/pemilik-tealive-rancang-senarai-syarikat-di-bursa-malaysia

  • 14.5 1