If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Laundrybar sasar buka lima francais di Filipina

Kuala Lumpur, 22 Okt 2019

Syarikat dobi layan diri tempatan, City Coin Laundry (LaundryBar) Sdn Bhd menyasarkan pembukaan lima francais baharu di Filipina dalam suku pertama, 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas City Coin Laundry Sdn Bhd, Paul Ang berkata, sehingga kini terdapat 520 cawangan LaundryBar di Malaysia dan 20 lagi di luar negara iaitu 11 cawangan di Thailand, lapan di Brunei dan sebuah di Turki.

“Sejak ditubuhkan pada 2013, LaundryBar telah berjaya melahirkan banyak usahawan francais melalui pembukaan cawangannya di seluruh negara dan berharap lebih ramai orang awam akan berminat dalam bidang francais,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Sejajar dengan perkembangan industri francais yang semakin menggalakkan, LaundryBar terus komited membantu pengusaha dan bakal usahawan tempatan untuk menceburi bidang perniagaan francais yang mampu menjana pendapatan lumayan sekaligus meningkatkan taraf sosioekonomi.

Sumber: BERNAMA

Artikel penuh: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1781907