If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

KPDNHEP tawar dua geran pakej francais mikro dan mampu milik

Putrajaya, 6 April 2021,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyediakan dua pakej geran untuk program pembangunan francais mikro dan mampu milik, melibatkan peruntukan RM5 juta.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata fokus pemberian dua pakej geran itu adalah bagi membangunkan lebih banyak pakej francais bernilai RM100,000 ke bawah, yang seterusnya dapat meningkatkan bilangan pemain industri fancais daripada golongan B40 dan M40.
Di bawah Geran Pakej Francais Mikro/Mampu Milik dengan peruntukan RM2 juta, geran penuh diberikan kepada francaisor untuk menyediakan pakej permulaan perniagaan francais mikro dan mampu milik, katanya.
Pembiayaan geran itu merangkumi RM20,000 bagi kajian pasaran francais mikro dan mampu milik dan jumlah terkumpul tidak melebihi RM100,000 bagi membangunkan prototaip pakej, katanya.
Pembiayaan terlibat adalah sehingga nisbah 90:10, iaitu 90 peratus dana ditanggung KPDNHEP dan 10 peratus lagi merupakan sumbangan usahawan francaisi yang dikenalpasti, katanya.
Nanta berkata baki peruntukan sebanyak RM500,000 pula akan digunakan bagi tujuan hebahan berorientasikan libat urus bersama pihak berkuasa tempatan dan masyarakat dalam menyebarkan maklumat berkenaan dua geran tersebut.
Beliau berkata sebanyak 13 syarikat francais seperti Ani Sup Utara, Global Art, Kopie Satu, dan Q-dees antara entiti terawal menawarkan kerjasama dengan kementerian berhubung program itu dan menyeru agar lebih banyak syarikat tampil dalam membantu inisiatif kementerian.
Individu yang berminat boleh melayari laman web https://www.kpdnhep.gov.my/ms/ untuk permohonan.
Dalam perkembangan lain mengenai penyelewengan subsidi minyak masak seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini, Nanta mengesahkan berlakunya insiden sedemikian dan memohon kerjasama pihak peniaga mahupun pengguna untuk tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan.
“Sekiranya penyelewengan berterusan, ia akhirnya akan merugikan negara dan bekalan subsidi minyak masak bagi golongan sasar akan terjejas,” katanya.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam dilaporkan berkata terdapat ‘pakatan jahat’ antara pengedar, pemborong, dan pembungkus minyak masak dalam menyeleweng subsidi bernilai kira-kira RM50 juta yang diberikan kerajaan setiap bulan.
50
Sumber: BERNAMA
Artikel Penuh: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/kpdnhep-tawar-dua-geran-pakej-francais-mikro-dan-mampu-milik-292012
  • 50