If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

KPDNHEP mahu bantu lebih ramai usahawan francais mikro dan mampu milik

22 November 2021, Putrajaya,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersedia memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan bagi memboleh lebih ramai usahawan mendapatkan dana menerusi Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam berkata, tindakan itu perlu berikutan sambutan menggalakkan diterima daripada penggiat industri francais terutama golongan B40 dan M40 yang berminat memohon dana berkenaan untuk memajukan perniagaan masing-masing.

Malah, Hasnol berkata, sehingga kini KPDNHEP menerima sebanyak 144 permohonan daripada francaisor dan francaisi untuk mendapatkan dana keseluruhan berjumlah RM5 juta diperuntukkan kerajaan untuk program berkenaan pada tahun ini.

“Kita akan melakukan tapisan secara terperinci bagi mengenal pasti lapan francaisor dan sembilan francaisi yang layak menerima dana berkenaan.

“Bagi francaisor kita menawarkan dana maksimum sehingga RM100,000, manakala untuk francaisi maksimum 90 peratus iaitu antara RM50,000 hingga RM100,000 bergantung kepada jenis peniagaan dan permohonan dibuat,” katanya dalam sidang akhbar sempena pengumuman senarai 32 peserta akhir penerima Anugerah Francais Malaysia 2021 di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr. Radzali Hassan; Pengerusi Malam Anugerah Francais Malaysia 2021, Datuk Zahriah Abd. Kadir dan Pengerusi Anugerah Francais Malaysia 2021, Prof. Dr. Azmawani Abd. Rahman.

Majlis penyampaian Anugerah Francais Malaysia 2021 dijangka disempunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Disember ini.

Mengulas lanjut, Hasnol berkata, majoriti permohonan diterima daripada penggiat industri makanan dan minuman serta sektor pendidikan yang mendominasi industri francais di Malaysia sekarang.

Terdahulu, Hasnol berkata, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu mempromosikan industri francais negara ke peringkat antarabangsa termasuk menerusi Program Pengukuhkan Pembangunan Francais untuk meningkatkan Eksport (EFDP) dengan kerjasama MFA.

Malah, Hasnol berkata, program berkenaan berjaya menarik pelabur dari Asia Barat, Afrika Tengah, Asia Selatan dan Indo-China.

Beliau berkata, antara jenama yang berjaya hasil pembabitan aktif dalam program EFDP ialah Global Art yang menandatangani perjanjian persefahaman dengan pelabur dari Maghribi, manakala Kenny Rogers Rosters akan menandatangani perjanjian dengan pelabur dari Algeria pada bulan depan.

“Harapan saya agar lebih banyak lagi jenama francais tempatan akan menerima manfaat daripada inisiatif dilaksanakan KPDHEP, pada masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, Hasnol mengakui, peniaga francais turut menerim tempias penularan pandemik Covid-19 sehingga ada dalam kalangan mereka terpaksa beralih bentuk peniagaan atau kedai fizikal kepada kaedah dalam talian bagi mengurangkan kos operasi dan mengelak daripada gulung tikar.

FN44

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel Penuh: https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/11/kpdnhep-mahu-bantu-lebih-ramai-usahawan-francais-mikro-dan-mampu-milik/

  • FN44