Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan CoolBlog, Win Zaidi Zakaria berkata, minuman terbaharu itu menggabungkan keenakan adunan rasa serbuk teh premium bersama mousse keju dan dilengkapkan de­ngan taburan krim keju yang dibakar.

“Kami sangat berbangga memperkenalkan Tiger King On Fire dan saya yakin perisa baharu ini akan membawa minuman CoolBlog ke pe­ringkat seterusnya serta mendapat sambutan yang lebih hebat.

“Saya juga turut berbangga kerana CoolBlog adalah jenama pertama yang memberi promosi hebat dalam segmen minuman berasaskan gula perang atau tiger brown su­gar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran minuman itu yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shamshuzaman Sulaiman.

17.9 1

Source: Kosmo

Full Article: http://www.kosmo.com.my/niaga/coolblog-lancar-siri-minuman-tiger-king-on-fire-1.969934