If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Kerajaan Sabah sambut baik langkah McDonald labur RM25 juta di Sabah

SEMPORNA, 10 Dis 2019,

Kerajaan Sabah  mengalu-alukan pengembangan perniagaan McDonald Malaysia di Sabah yang akan melabur RM25 juta bagi pembukaan cawangan baharu di negeri itu, kata Ketua Menteri  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata  langkah syarikat itu akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Sabah dan ke arah kesejahteraan rakyat adalah nilai tambah cukup bertepatan dengan aspirasi kerajaan.

“Saya berharap rakyat di negeri ini akan dapat membantu menyuburkan perniagaan seumpama ini kerana pulangannya bukan setakat kepada keuntungan syarikat malahan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Outlet McD Semporna sekali gus menyempurnakan program penyerahan zakat, program kembali ke se kolah serta program Skim Latihan Dalam Industri McD di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya kerajaan negeri turut  menghargai usaha McDonald Malaysia yang bukan setakat menyediakan landasan makanan dan minuman yang terkenal di dunia tetapi turut memulangkan sumbangan kepada rakyat khususnya di Sabah.

Memuji usaha itu, Mohd Shafie berkata inisiatif McDonald dalam menyediakan bantuan seperti persekolahan kepada anak kurang berkemampuan merupakan satu amalan yang cukup digalakkan.

19.12 1

Sumber: BERNAMA

Artikel penuh: http://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1798192

  • 19.12 1