If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Ke arah francais nasi ayam terbesar dunia

5 Febuari 2018,

SEJAK 18 tahun lalu, The Chicken Rice Shop (TCRS) memulakan perniagaan menjual nasi ayam menggunakan resipi keluarga dengan membuka kedai pertamanya yang terletak  di Taipan USJ.

Dari satu cawangan, TCRS terus berkembang dengan jayanya bersama sokongan daripada pelanggan setia kepada rangkaian restoran keluarga halal di Malaysia ini.

Sehingga kini, TCRS mempunyai 96 cawangan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak serta Myanmar juga Brunei.

Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, Wong Kah Lin berkata, permulaan TCRS datang menerusi idea bersama ibunya yang juga pengasas TRCS, Gaik Wong.

“Kami mahu melahirkan satu perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang berjiwa tempatan dan sudah dikenali ramai.

“Sebab itu, kami tampil dengan resipi tersendiri nasi ayam daripada nenek saya, yang menjadi kegemaran ramai keluarga sehingga hari ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, rahsia kejayaan TCRS berkembang dengan cepat adalah kerana masyarakat Malaysia sememangnya suka menjamu selera lebih-lebih lagi sekiranya makanan itu menepati cita rasanya.

“Nasi ayam itu sendiri begitu dekat dengan budaya Malaysia tanpa mengira bangsa dan keturunan.

“Kehadiran kami dalam industri makanan dan minuman menghidupkan lagi makanan tempatan kesukaan ramai ini,” katanya.

Kah Lin berkata, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi nasi ayam juga boleh diterima oleh masyarakat daripada negara luar berbanding makanan negara lain.

Katanya, ia secara tidak langsung memudahkan lagi jenama itu terus berkembang bukan sahaja di Malaysia tetapi luar negara.

Read more at : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ke-arah-francais-nasi-ayam-terbesar-dunia-1.793946