If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Kamera Retro ciri kontemporari

3 April 2018,

Fujifilm Malaysia baru-baru ini melancarkan kamera X-A5 yang bergaya serba baharu sebagai lanjutan daripada model X-A3. Model tersebut adalah kamera digital tanpa cermin yang paling kecil dan ringan dalam rangkaian X Series. Menggabungkan sensor 24.2 megapiksel baharu dan teknologi penghasilan semula warna tersendiri X series, model berkenaan menawarkan pelbagai ciri baharu, temasuk kanta zum yang baru dicipta, rakaman filem 4k, skrin sesentuh dan teknologi gandingan terkini bluetooth untuk pemindahan imej serta merta.

Model berkenaan menampilkan reka bentuk retro yang tidak ditelan zaman, dengan ciri-ciri kontemporari yang pasti menarik perhatian apabila pengguna mula berswafoto atau merakam gambar sesuatu yang dekat pada hati mereka.  Kamera ini menjadi teman sejati generasi swafoto yang muda bergaya, terutama kaum wanita yang sentiasa mencari pengalaman fotografi dan swafoto terbaik dalam dunia digital hari ini yang pantas berubah.

NO. 105 (03042018)

Sumber: Utusan Malaysia

 

  • NO. 105 (03042018)