If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Kaji modal mula francais RM50,000

Sepang, 7 Julai,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti cadangan untuk mengurangkan modal permulaan perniagaan francais kepada hanya RM50,000.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya mendapatkan pandangan pelbagai pihak terutama usahawan bagi mengenal pasti perniagaan francais yang sesuai dengan jumlah modal itu.

Beliau berkata langkah itu adalah antara fokus Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2021-2025 yang sedang dirangka dalam usaha menggalakkan perniagaan francais dan mengembangkannya.

“Ini bertujuan menurunkan harga (modal permulaan) francais ke tahap murah dan berpatutan untuk mereka yang berminat menceburi sektor itu berikutan kebanyakannya sukar mendapat modal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan tinjauan mesra ke 13 outlet francais di KIP Mall Kota Warisan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kementerian meminta pasar raya memberi peluang kepada peniaga francais tempatan untuk memulakan perniagaan di premis mereka.

Katanya, ia akan membantu mengembangkan konsep perniagaan itu selain menghasilkan lebih ramai usahawan baharu.

“Kementerian akan mengadakan satu program bagi membantu peniaga baharu dan pusat beli belah yang menyokong pengembangan program ini,” katanya.

Lawatan itu adalah adalah sebahagian daripada Program Jelajah Pembangunan Francais Domestik di Malaysia yang diselia KPDNHEP dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA).

12

Sumber: Berita Harian

Artikel penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/708374/kaji-modal-mula-francais-rm50000

  • 12