If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Industri Francais Diunjur Naik 10 Peratus

Kuala Lumpur, 23 Mei 2018,

Persatuan Francais Malaysia (MFA) menjangkakan industri francais negara akan terus mencatatkan pertumbuhan sehingga 10 peratus tahun ini.

Pengerusi MFA, Datuk Radzali Hassan, berkata pertumbuhan positif itu dijangka dapat dicapai berikutan peningkatan yang direkodkan pada Pameran Antarabangsa Francais Malaysia (FIM) 2018.

“Sebanyak RM410 juta transaksi jualan berjaya direkod sepanjang FIM 2018 yang berlangsung pada April lalu yang mana ia menunjukkan peningkatan daripada RM371 juta transaksi pada FIM 2017.

“Malah, sebelum ini kami mengunjurkan pertumbuhan tahunan industri antara lima hingga lapan peratus dan tahun ini kami melihat industri mampu berkembang antara 8.0 hingga 10 peratus,” katanya pada taklimat media sempena Anugerah Francais Malaysia (AFM) di sini, hari ini.

NO. 119

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/05/428754/industri-francais-dijangka-berkembang-10-peratus

 

  • NO. 119