If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Global Art dinobat Francais Terbaik 2019

KUALA LUMPUR, 5 Okt 2019,

Global Art and Creative Sdn Bhd (Global Art) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Francais Terbaik 2019 sempena Anugerah Francais Malaysia (AFM) 2019 di sini, semalam.

Majlis penganugerahan itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang turut menyerahkan trofi serta sijil penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Global Art Mahair Goh dan wakil semua pemenang bagi 16 kategori lain.

Yang turut hadir Pengerusi MFA, Datuk Dr Radzali Hassan.

Saifuddin Nasution berkata, AFM yang dianjurkan oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) adalah platform pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada para penggiat industri francais di negara ini.

“Acara berprestij ini juga menunjukkan komitmen yang berterusan dalam meningkatkan kualiti dan pertumbuhan serta prestasi positif dalam perniagaan francais mereka,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

bernama bm

Sumber: Bernama

Artikel Penuh: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1775151

  • bernama bm