If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Genius Aulad Peneraju Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Petaling Jaya, 3 Julai 2019,

Ketika Genius Aulad dibuka pada 2000, prasekolah itu hanya mempunyai 20 murid memandangkan prasekolah yang menggabungkan pendidikan agama Islam dan Bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang lazim di Malaysia.

Kini, selepas 20 tahun penubuhannya, Genius Aulad mempunyai 178 tenaga pengajar yang mendidik lebih 75,000 kanak-kanak menerusi 70 cawangannya di seluruh Malaysia dan sebuah di Indonesia. 

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Genius Aulad International Group Sdn Bhd (Genius Aulad) Zaliza Alias berkata idea membuka prasekolah itu timbul semasa beliau berdepan masalah mencari prasekolah yang menawarkan pendidikan agama Islam dan Bahasa Inggeris untuk anaknya.

Bagi menyangkal persepsi sekolah aliran agama Islam tidak mementingkan Bahasa Inggeris, beliau memutuskan untuk membuka prasekolah yang menawarkan dua subjek utama itu.

Genius Aulad memberi penekanan kepada pengisian program, penyediaan ruang belajar yang kondusif dan mementingkan keselamatan mengikut prosedur operasi standard.

“Dua puluh tahun lalu, industri pendidikan awal kanak-kanak tidaklah rancak…ketika itu, Genius Aulad adalah peneraju bagi prasekolah aliran agama Islam yang mementingkan Bahasa Inggeris,” katanya.

Zaliza berkata prasekolah itu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantar utama untuk membantu kanak-kanak menguasai bahasa itu selain memberi penekanan kepada ilmu agama Islam serta subjek sains bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan arus perdana.

puan zaliza

Sumber: BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1741748

  • puan zaliza