If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Francaisor asing dipelawa jadikan Malaysia hab serantau

KUALA LUMPUR, 5 April 2019,

Malaysia mempelawa kalangan francaisor asing untuk menjadikan negara ini sebagai hab serantau syarikat masing-masing berikutan kelebihan yang dimiliki negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata peningkatan kemakmuran di rantau ini juga sewajarnya menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik bagi francaisor asing melancarkan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran baharu.

“Malaysia mengalu-alukan kehadiran francaisor dalam dan luar negara untuk membuka perniagaan di sini. Kewujudan faktor persekitaran dan kerajaan yang mesra perniagaan seharusnya dapat meyakinkan anda bahawa Malaysia adalah pilihan terbaik sebagai hab bagi mengurus pelaburan anda.

“Kami percaya pertumbuhan perniagaan francais yang sihat itu akan dapat memakmurkan negara ini yang tidak hanya menguntungkan ahli perniagaan, pemilik bank, penyedia perkhidmatan sokongan selain kerajaan, rakyat dan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2019 (FIM2019) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Persatuan Francais Malaysia Datuk Radzali Hassan.

Mengulas selanjutnya Dr Wan Azizah berkata dasar kerajaan terhadap perniagaan francais itu turut menyaksikan pengiktirafan keperluan dan kepentingan untuk menyokong pembangunan francaisor tempatan yang merupakan antara agenda pembangunan menyeluruh kemampuan mewujudkan kekayaan dan kemakmuran.

Atas alasan itu, beliau menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta kementerian dan agensi lain yang berkaitan untuk saling berusaha menjadikan Malaysia sebagai hab francais untuk ASEAN dan rantau Timur Tengah.

Pada masa ini, sebanyak 9.0 peratus francais tempatan berjaya membuka outlet di luar negara terutamanya di rantau ASEAN, China, India, Australia serta negara-negara Timur Tengah.

Selain itu, sejumlah 66 jenama francais Malaysia telah menembusi 65 negara berbanding 12 jenama ke 12 negara pada 2015.

Lima negara utama yang menyaksikan penembusan francais Malaysia adalah Indonesia (21 jenama) dengan nilai royalti francais dianggarkan US$120 juta (US$1=RM4.087), Singapura (20 jenama/ US$135 juta), China (19 jenama/US$90 juta), Emiriah Arab Bersatu atau UAE (15 jenama/US$90 juta) dan India (12 jenama/US$110 juta).

Lebih 100 syarikat francais tempatan dan asing dari Amerika Syarikat, Australia, Netherlands, Turki, UAE, Korea Selatan, China, Hong Kong, Jepun, Itali, Singapura dan Thailand menyertai FIM2019 yang berlangsung selama tiga hari.

Acara itu menyasarkan untuk menarik kehadiran 12,000 pengunjung selain menjana potensi pelaburan bernilai RM400 juta.

bernama

– BERNAMA

  • bernama