If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Francais Malaysia perlu lebih agresif di luar negara

New Delhi, 14 Oktober 2019,

Syarikat Malaysia yang mengurus model perniagaan francais yang berjaya, digesa lebih aktif untuk meneroka peluang di luar negara, kata pegawai kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Kami mahu mereka melihat lebih jauh daripada rantau berdekatan, dengan meneroka peluang di negara Asia Barat, Eropah dan Asia Selatan,” kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Rostam Affendi Salleh kepada Bernama dalam temubual.

“Beberapa syarikat kita berjaya berkembang ke pasaran Asia Tenggara dan mereka selesa menjalankan perniagaan di rantau ini (ASEAN), namun mereka perlu mengambil kesempatan daripada insentif yang ditawarkan oleh kerajaan untuk mewujudkan perkongsian di pasaran asing,” katanya.

Rostam berkata, syarikat-syarikat Malaysia wajar menyedari mengenai pelbagai inisiatif, yang ditawarkan, manakala Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan agensi-agensi lain, akan membantu mereka menyertai acara perdagangan di luar negara dan memenuhi potensi rakan perniagaan.

15.10 2

Sumber : Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/10/617525/francais-malaysia-perlu-lebih-agresif-di-luar-negara

  • 15.10 2