ad1
If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Franchise Directory

Hoga

Hoga
Hoga
Gaharu Technologies Sdn Bhd
MR. NICKLAUS HO
LATAR BELAKANG

Gaharu Tea Valley, Gopeng (ladang pokok Gaharu) bermula pada tahun 1992 dengan 200 anak pokok spesies khas iaitu Aquilaria spp (Gopeng) telah disemaikan dan ditanam di sini. Pada tahun berikutnya iaitu 2010 sebuah kilang telah dibina dan dibuka dibawah nama Envirotech Industry Sdn Bhd bagi tujuan memproses bahan mentah dari ladang ini.

Gaharu sememangnya telah diketahui kebaikannya, iaitu :

Secara tradisional ianya mempunyai khasiat yang dapat menyembuh
pelbagai penyakit dan ianya juga ada disebutkan di dalam Hadis Sahih Imam Bukhari yang mana salah satu kelebihan Gaharu ialah boleh mengubati 7 jenis penyakit.

Berdasarkan diatas, hasil mentah dari ladang Gaharu ini kami telah memproses dan mengeluarkan produk inovatif kami iaitu Teh Gaharu yang berjenama HOGA.

Teh HOGA kami mengandungi lebih kebaikan :

v  100% produk Gaharu organik

v  Hasil Ramuan Tradisional Resepi Diraja

v  Tiada Bahan Pengawet, Perasa Tiruan dan Pewarna

v  Tanpa Kafein secara semulajadi

v  Mengandungi 7 jenis Anti Oksidan

v  Mengandungi ciri-ciri Anti-Penuaan

v  Kaya dengan Mineral Penting

v  Minuman yang dapat dinikmati sepanjang hari

Teh HOGA kami telah berada dipasaran sejak 3 tahun lalu dan syarikat kami Gaharu
Technologies Sdn Bhd. adalah syarikat yang memainkan peranan utama bagi memasarkan produk kami ini.

Maklumbalas yang diterima dari pelanggan-pelanggan kami setelah menikmati khasiat Teh HOGA, ianya dapat membantu meredakan/mengurangkan penyakit yang mereka alami antaranya:

v  Melegakan serangan GOUT,

v  Mengurangkan tahap kencing manis(anti-diabetic),

v  Menurunkan tahap tekanan darah tinggi (hypertension),

v  Membuang angin perut dan sistem penghadaman termasuk usus

v  Mengawal sindrom stasis darah (buasir, darah beku, sesak darah)

v  Meredakan sakit senggugut (haid),

v  Meredakan insomnia (sukar tidur),

v  Penyah-toksin dan banyak lagi.

 

Sehingga kini, Gaharu Tea Valley Gopeng yang berkeluasan 300 ekar dengan lebih kurang 200,000 pokok Gaharu ini telah diiktirafkan sebagai satu-satunya ladang tanaman Gaharu Organik dan telah berjaya memasuki Malaysia Book of Records sebagai the “First Organic Mono Crop Gaharu Plantation”.

Ianya juga salah satu projek pelancongan di Malaysia. Gaharu Tea Valley Gopeng dibuka sebagai destinasi Agro pelancongan di Malaysia. Di sini para pelancong dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang terdiri dari flora dan fauna liar, pokok Gaharu yang ditanam seluas 300 ekar dan diketahui sebagai spesies terancam. Tembok Besar Gopeng “Great Wall of Gopeng dibina sebagai salah satu tarikan di sini.

Selain daripada di atas, kami juga ada menjual snek ringan seperti aiskrim Gaharu, Jeli Herba Gaharu, Biskut Gaharu dan lain-lain.

Dari segi ekonomi, kami menyediakan peluang perkerjaan kepada penduduk kampung dan dengan ini membantu menaikkan taraf ekonomi tempatan. Selain dari itu, ianya juga dapat menambah pendapatan kasar negara (GNI) dengan eksport produk 100% buatan Malaysia.

05-3511 999
05-3511 996
Franchisor
Lot 38017,
Mukim Sg. Raja,
Simpang Pulai,
31300 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Send Message to listing owner

Hoga