If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

A&W fokus tambah cawangan

7 Mac 2019,

A&W (Malaysia) Sdn Bhd (A&W Malaysia), memperuntukkan perbelanjaan modal RM25 juta bagi membuka 15 cawangan baharu dan menaik taraf lima hingga enam cawangan sedia adanya tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, George Ang berkata, syarikat merancang meningkatkan jumlah cawangan kepada 60 buah menjelang hujung tahun ini dan 100 cawangan menjelang 2021.

Menurutnya, antara lokasi cawangan baharu pada tahun ini adalah di i-City Shah Alam, Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur dan Southkey, Johor Bahru dengan purata pelaburan bagi setiap cawangan antara RM1.2 juta hingga RM1.5 juta bergantung kepada lokasi.

“Kami yakin rancangan pembukaan cawangan ini membantu visi kami menjadi salah satu daripada tiga jenama makanan segera teratas daripada aspek bilangan cawangan pada masa depan,” katanya pada pelancaran cawangan A&W ke-47 di Kuala Lumpur.

7.5 7

Sumber: Sinar Harian

Artikel Penuh: https://www.bisnessinar.com/aw-fokus-tambah-cawangan/

  • 7.5 7