Program Pembangunan Francais (PPF) adalah satu program pemasaran berteraskan Konsep Persyarikatan Malaysia bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan Sistem Francais memungkinkan penyertaan UKS ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang besar tanpa risiko yang tinggi.
Di bawah PPF, syarikat induk atau francaisor memberikan hak pemasaran/pengedaran yang komprehensif kepada UKS atau syarikat francaisi bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdayamaju dan kompetitif, berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui bersama untuk satu tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan yang telah dikenalpasti.
Syarikat Francaisor ialah syarikat induk yang membenarkan Francaisi menggunakan sistem francais dan memasarkan barang-barang keluaran mereka mengikut syarat-syarat tertentu. Francaisi ialah syarikat yang dibenarkan memasarkan barang-barang keluaran menggunakan sistem francais Francaisor termasuk menggunakan nama, logo dan rekabentuk Francaisor.
Senarai produk-produk francais di bawah Program Pembangunan Francais
BENTUK SISTEM FRANCAIS
"Local Authorised Franchise Holder" Francaisi di beri lesen untuk membuat dan memasarkan barangan oleh francaisor termasuk penggunaan format lengkap francaisor merangkumi hak penggunaan harta intelektual, strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, perakaunan dan latihan. Francaisor juga boleh melantik 'Francaisi Induk' yang diberi kebenaran untuk melantik francaisi-francaisi setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
"Product Manufacturing Licensing" Francaisi diberi lesen untuk mengeluarkan barangan mengikut formula, resepi atau rekabentuk yang ditetapkan oleh Francaisor dan memasarkan barangan tersebut menggunakan sistem pemasaran Francaisor.
"Trademark/Brand Name License" Francaisi diberi lesen untuk menjual barangan Francaisor dan diberi komisyen bagi penjualan berkenaan. Francaisi bertanggungjawab memastikan auditan penjualan yang berpatutan.
"Dealership/Distributor Franchise" Francaisi dimestikan memasarkan barangan keluaran Francaisor sahaja secara eksklusif mengikut cara dan peraturan yang ditetapkan. Francaisi diberi hak monopoli bagi memasarkan barangan tersebut dalam satu kawasan geografi tertentu.
"Promoter" Francaisi menjual barang-barang yang dibeli daripada Francaisor. Francaisi menggunakan satu nama syarikat yang sama dengan Francaisi-francaisi yang lain. Francaisor menyediakan modal, bahan mentah serta kepakaran pengurusan dan pemasaran kepada francaisi.
KEBAIKAN
Francaisi
Francaisor
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN SEBAGAI FRANCAISI
PROSES PEMILIHAN
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN SEBAGAI FRANCAISI INDUK
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN SEBAGAI FRANCAISOR
Usahawan-usahawan yang layak dan berpotensi untuk dilantik sebagai francaisi dan syarikat-syarikat perniagaan atau usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk difrancaiskan adalah dipelawa menyertai PPF.