Khasiat pati bunga

31 Januari 2010 - UTUSAN MALAYSIA

MELIHAT kejelitaan Ayu Raudhah, mungkin anda juga mengidam kecantikan wajah mulus ini. Sibuk di lokasi tidak menghalangnya menjaga kecantikan. Sebagai seorang wanita, Ayu menitik beratkan penjagaan kulit wajah dan badan.

Peluang menjadi duta Giena Skincare keluaran Beauty Arena yang digunakan di salun Beauty Palace memberi peluang kepada pelakon muda ini memahami keperluan produk semula jadi.

Realitinya, kebanyakan wanita kini mula menyedari kepentingan produk penjagaan kulit berasaskan pati semula jadi, sihat dan selamat pada kulit mereka.

Giena Skincare mengandungi 100 peratus pati bunga-bungaan dan paling penting tidak mempunyai pewarna serta pewangi tiruan yang memudaratkan.

Paling penting, produk ini mementingkan kualiti. Ia mempunyai sijil halal dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan.

Pati bunga sesuai untuk wanita Asia kerana ramuan semulajadinya tidak memberi kesan kepada kulit.

Antara manfaatnya adalah untuk mengekalkan kulit wajah supaya tampak segar dan melambatkan penuaan. Walaupun tinda balas pada kulit agak perlahan, ia mampu melicin dan melembutkan kulit.

Diaplikasi di Beauty Palace, gabungan teknologi moden dan semula jadi ini memperbaiki kulit tanpa mengelupas. Wangian pati bunga juga lebih segar dan dapat merehatkan minda khususnya ketika menjalani rawatan spa.

Dalam pada itu, Beauty Arena turut melancarkan program kad keahlian Beauty Palace, memberi peluang orang ramai yang menjadi ahli menambah pendapatan.

Setiap ahli mendapat keutamaan perkhidmatan di Beauty Palace seperti tawaran istimewa, ganjaran pada hari jadi ahli serta ganjaran 15 peratus memperkenalkan ahli baru.

Selain Kota Damansara, Beauty Palace telah membuka francais di 30, Jalan Wangsa Delima 11, Wangsa Link, Kuala Lumpur.

Antara rawatan yang dilakukan adalah wajah, mata, leher, detoksifikasi wajah, bidadari untuk badan, rawatan selepas bersalin dan sebagainya.

Sementara itu, program francais dirangka untuk memberi peluang lebih ramai wanita terbabit dalam industri kecantikan secara lebih profesional dan bukan lagi kerja untuk mengisi masa lapang.

Untuk mendapatkan maklumat program perniagaan francais Beauty Palace, sila hubungi 03-3348 8222 atau 012-300 7774.

Apa kata Ayu Raudhah

“Selepas menggunakannya saya mendapati perubahan positif pada kulit. Antaranya kulit wajah menjadi lembut, tona lebih sekata dan jerawat kecil yang saya hadapi juga kurang.

Bagi saya, penjagaan wajah dan badan penting untuk mengekalkan kecantikan untuk awet muda. Jika saya bercuti, saya akan meluangkan masa ke salun.”