Register ¤ Login
Skim Pembiayaan Modal Perniagaan Francais
Shamsudin Abu Samah - Tue 18/May/10, 12:26pm [Last Comment]

Kami di Perbadanan Nasional Berhad (PNS) Wilayah Koridor Ekonomi Pantai Timur berpejabat di A19-1st Level 1 Block A Kuantan Perdana Commercial Centre Jalan Tun Ismail 1 25000 Kuantan Pahang ingin memaklumkan bahawa kami bersedia membantu usahawan-usahawan Bumiputera yang ingin menceburi perniagaan francais.

Kami mempunyai skim-skim pinjaman modal bagi memulakan perniagaan francais tersebut. Kami juga memberikan khidmat nasihat serta latihan berkenaan dengan perniagaan francais. Keterangan lanjut sila hubungi talian pejabat: 095173470 / 3670 atau HP 0199509229 / 0126474215.

Niche: Pinjaman Perniagaan | Geran Smidec
  1. Shamsudin Abu Samah - 05 Oct 2010, 11:21am
    Wasalam, Cik Tyka, Sebelum sesuatu produk itu dibangunkan mjadi satu perniagaan francais. Sdri perlu memastikan produk tsb mpunyai ciri2 sbagai produk franchise. Sila rujuk forum sy sebelum ini No 22 bagaimana utk mjadi franchisor. Sekiranya produk/perkhidmatan sdri menepati ciri-ciri tsb maka perniagaan sdri boleh dibangunkan sbagai satu perniagaan francais dgn jenama sendiri. Pada ketika itu PNS ada myediakan pembiayaan bagi mbangunkan francaisor. Nasihat saya supaya Sdri mdapatkan ilmu bkenaan dgn perniagaan francais sebanyak mungkin bg mgetahui lebih mdalam bkenaan dgn perniagaan francais.
    Log-in dan daftar online www.pns.com.my. Sdri ikuti Program Francais Siswazah (PFS) atau Program Francais Wanita (PFW) yg PNS anjurkan pd bulan Okt 2010 di Pulau Pinang, Nov 2010 Johor Bharu dan Dis 2010 Wilayah Pantai Timur (Kuantan). Dgn mgikuti program khas ini sdri akan lebih mgetahui tentang prospek PERNIAGAAN FRANCAIS.

  2. Mohd Azrul 2 - 10 Oct 2010, 2:36pm
    salam en Shamsudin..saya mohd azrul dari kuala terengganu.saya ada berjumpe dengan staf en di TTC semalam..saya berminat menjadi franchisor untuk perniagaan bundle.untuk pengetahuan en,saya membuka bundle dah lama.cuma mengunakan syk ent.saya berhajat mengembangkan perniagaan tersebut di seluruh malaysia dengan mengunakan jenama saya sendiri.hope boleh tunjuk ajar dari en

  3. Shamsudin Abu Samah - 11 Oct 2010, 4:04pm
    Wasalam, Sdra telah berjumpa dgn saya di TTC tempoh hari. Saya telah terangkan serba sedikit apa yg patut sdra buat. Sekiranya terdapat kemuskilan sila hubungi sy semula. Tiada masalah utk berbincang.

  4. Mohd Azrul 2 - 14 Oct 2010, 11:15pm
    saya dah hubungi baru nie..tapi nasib malang sebab en bercuti..nanti saya call semula untuk berbincang

  5. Ajib 4 - 15 Oct 2010, 12:10pm
    Salam En Shamsudin. Saya sudah semak kriteria untuk memohon bantuan pinjaman di laman web pns. Soalan saya, jika perniagaan franchise yang saya ingin jalankan tiada di dalam "franchise directory" PNS dan tidak juga didaftar dengan MFA, adakah saya masih layak memohon bantuan pinjaman dari PNS? Terima kasih. Salam.

  6. Firdauskhan - 22 Oct 2010, 2:31am
    Salam,
    saya nak bertanya saya seorang fresh graduate . Bagaimana sekiranya saya ingin memulakan perniagaan dan saya tidak memiliki sebarang modal dan berminat untuk menjalankan perniagaan franchais ini ?

  7. Shamsudin Abu Samah - 26 Oct 2010, 1:31pm
    En Mohd Azrul 2, boleh hbgi sy di talian 0199509229. Kiranya sdra di Kuantan sila dtg ke pejabat spt di alamat diatas bagi pbincangan lanjut.

    Wassalam Ajib 4, Salah satu syarat wajib bagi pmohonan pjaman dgn PNS ialah syk francais tsb hendaklah bdaftar dgn KPDNKK Bahagian Francais n mjadi ahli MFA. Jika tidak, maaf tidak boleh bantu.

    Wassalam Firdauskhan, Sdra boleh mgikuti Program Francais Siswazah. Caranya sdra daftar dlm website PNS www.pns.com.my. Program khas ini sdg bjalan pd Okt 2010 di Pulau Pinang, Nov 2010 di Johor Baharu dan Dis 2010 di Kuantan. Sila daftar skrg bagi sdra di panggil myertai program tsb di mana2 pilihan tpt n bulan yg sy dnyatakan.

  8. Shamsudin Abu Samah - 27 Oct 2010, 2:09pm
    Wasallam Tyka, Syabas diatas cita2 dan rancangan sdri. Sdri baca item 22 dlm forum saya nie. Itu perkara2 yang perlu diberi perhatian utk menjadi francaisor. Buat kajian terperinci bagaimana biz sdri boleh di francaiskan. Selamat berjaya.

  9. Asma 2 - 06 Nov 2010, 3:48pm
    En Shamsudin, saya berada di Kuantan dan semalam dah pergi ke Expo Barangan Buatan Malaysia.

    Saya berminat dengan franchise Wakili dan jumlah modal RM300k. Menurut mereka modal itu boleh dipinjam dari PNS. Bila sy tanya wakil PNS di situ, dia minta saya berurusan dgn franchisor shj dan franchisor akan berurusan dgn PNS.

    Saya tidak pernah membuat pinjaman dan tak faham byk term. Saya nak tahu kalau pinjaman itu lulus,adakah keseluruhan jumlah pinjaman itu akan diberi kepada franchisor, atau sebahagian daripadanya adalah milik franchisee untuk rolling modal.

    Sekiranya dalam tempoh beberapa tahun, perniagaan itu tidak bagus dan saya kehabisan modal, apakah pekara paling buruk akan berlaku dan adakah jalan lain untuk pastikan bisnes itu terus berjalan...

    Duit saya tidak banyak, dan risau sekiranya saya tersilap langkah akibat tidak benar2 memahami konsep keseluruhan franchise ini.

  10. Mat Usen - 23 Nov 2010, 6:47pm
    Salam En.Shamsuddin, saya amat berminat dengan program Francise ni..just nak tanya kalau nak buat pinjaman dengan PNS, apakah kriteria yang diambil kira?bagaimana kalau pemohon mempunyai masalah CCRIS n CTOS?adakah masih layak memohon?

  11. Shamsudin Abu Samah - 26 Nov 2010, 11:53am
    Sdri Asma, Kita dah berbincang di pejabat saya pada 10hb Nov 2010 (Rabu) lalu. Semua pmasalahan kita dah bincang dan selesai.

    Wasalam, Srda Mat Usen, isu pertama, Kriteria bagi mohon pinjaman PNS ada dalam forum sy di atas, Sdra boleh baca di sana. Isu kedua, CCRIS dan CTOS, PNS menilai status pbayaran balik sdra mgikut laporan CCRIS serta tahap kemampuan sdra mbayar balik pinjaman yg tersenarai dlm laporan CCRIS tu. Manakala CTOS pula, PNS akan menilai sebab2 CTOS itu. Chontoh, CTOS sdra itu disebabkan oleh menjamin pinjaman orang lain, PNS akan lihat status CTOS itu. Kiranya pinjaman tsb dlm "proses penyelesaian" PNS akan timbangkan pinjaman sdra. Tapi kiranya proses CTOS itu berpanjangan sehingga boleh melibatkan akta kebankrapan maka PNS tidak dapat mtimbang pinjaman baru. Takut2 nanti sdra terjerumus ke dalam konflik pd kes itu nanti.

  12. Man 14 - 04 Dec 2010, 5:48pm
    Salam En.Shamsuddin,sy nak tnya berkenaan Program francais Siswazah(PFS).Boleh terangkan prosedur yg terdapat di dalam program ini?Bermula dari daftar hingalah pinjaman masuk ke akaun.

  13. Shamsudin Abu Samah - 06 Dec 2010, 9:22am
    Wasalam Man 14. Maklumat berkenaan dgn Program Francais Siswazah boleh didapati dlm website kami. Walaubagaimana pun, program ini dikhaskan kpd siswazah (sekurang2nya kelulusan Diploma keatas) n wanita yg berminat mceburi pernigaaan francais tetapi tidak mpunyai pgalaman n pgetahuan tentang perniagaan francais.

    Secara ringkasnya proses yg sdra perlu lalui seperti berikut:
    1. Daftar online dlm website PNS.
    2. Sdra akan dipanggil Seminar & Ujian psikometrik 1/2 hari mengikut jadual PNS.
    3. Kursus Asas Bengkel & Temuduga 5 hari.
    4. Latihan Intensif dan Klinik Penjodohan bsama francaisor 2 minggu.
    5. Terima Surat Tawaran dari francaisor.
    6. Latihan Printis dgn francaisor 3-6 bulan.
    7. Pembiayaan PNS.
    8. Pembukaan Outlet.

    Inilah proses yg perlu sdra lalui sebelum sdra mjadi usahawan francais yg bjaya.

  14. Zaim 3 - 12 Dec 2010, 10:05am
    Salam En.Shamsuddin..
    Bagaimana jika say sudah berniaga lbh kurang 1 tahun.berniaga di pasar awam. Bercadang membuka francais coolblog pula. Saya ada cagaran tanah seluas 1.5ekar. boleh tak membuat full loan utuk membuka bisnes ni. harap En. dapat menolong saya. Terima Kasih.

  15. Shamsudin Abu Samah - 13 Dec 2010, 1:01pm
    Wasalam Sdra Zaim 3,

    Sebelum itu, sdra perlu pastikn pniagaan Coolblog ini sudah di Francaiskan ke belum. Utk pgetahuan sdra syk pniagaan yg telah difrancaiskn bermaksud syk tsebut telah mdapat sijil pendaftaran francais dgn KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan) Bah Francais. Syk juga telah mjadi ahli kpd Persatuan Francais Malaysia (MFA). Kedua-dua syarat ini perlu sebelum layak memohon pinjaman PNS.

  16. Zaim 3 - 15 Dec 2010, 12:16am
    Terima kasih En.Shamsudin. Saya rasa coolblog belum lagi daftar kot. Saya ada call n then tanya tentang MFA tetapi mereka tanya saya balik apa MFA tu. Rs cam nak tendang je.hehehe cari francais lain la camni.

  17. Noor Hassan Md Dali - 26 Dec 2010, 10:25pm
    Saya bercadang buka yayasan pendidikan beroperasi dalam pendidikan agama . bentuk perkhidmatan seperti melatih tenaga pengajar dan buka kelas mengaji.motivasi dan menerbitkan buku rujukan dll berkaitan pendidikan dan latihanmacam mana nak daftar yayasan?.basenya di luar negara, di malaysia sebagai cawangan . Ingin jalankan secara francise.harap sdr dapat bantu. t. k.

  18. Bella 3 - 26 Dec 2010, 10:47pm
    salam encik shamsudin, sy berminat untuk membuka butik pakaian tetapi masalah sy ialah sy tidak mempunyai modal.sy berumur 30 tahun dan sudah berkahwin. merupakan pelajar lepasan institut kemahiran belia negara dalam bidang rekaan fesyen. sy telah bekerja dalam bidang rekaan fesyen dan juga jahitan. sy mempunyai banyak pengalaman dalam bdang ini. untuk memulakan perniagaan butik pakaian sy memerlukan bantuan kewangan. bagamana untuk sy bermula dengan institusi ini? adakah sy layak? boleh emelkan sy keterangan di bella_luv@ymail.com..tqvm.

  19. Shamsudin Abu Samah - 27 Dec 2010, 12:10am
    Salam Sdra Noor Hassan Md Dali.
    Perkara yg perlu sdra pastikan ialah; 1. Pastikn Yayasan pendidikan diluar negara tersebut beroperasi secara francais. Skiranya jwpn ya, sdra perlu mdapatkn surat perlantikn sebagai MASTER FRANCHISEE di M'sia. Dgn itu sdra boleh beroperasi secara francais di Msia cuma perlu mdaftarkn pniagan tsb dgn Bah. Francais KPDNKK. 2. Maaf sy x arif dgn pdaftaran yayasan di M'sia.

    Slm Sdri Bella 3,
    Sdri boleh mdapatkn perniagn francais butik yg sedia ada dipasaran. Dgn cara ini PNS boleh bantu myediakn sebahagian dari modal permulaan yg di perlukn. Ingin sy jelaskn disini PNS hanya bantu bagi mjalankn PERNIAGAAN FRANCAIS yg berdaftar saja. Sila baca n fahamkn forum sy diatas. Sy juga cadangkn supaya sdri memulakn biz butik dgn mdapatkn modal dari MARA. Tk.

  20. Maziana - 27 Dec 2010, 3:41pm
    salam...kakak sy ingin menjalankan perniagaan dlm bidang kecantikkan (spa/andaman)...dia xmempunyai modal...dia baru bercerai...bagaimana?

  21. Shamsudin Abu Samah - 27 Dec 2010, 7:34pm
    Wasalam Sdri Maziana, sy cadangkn supaya akak sdri mdapatkn perniagaan francais spa yg sedia ada di pasaran. Layari website mereka. Buat kajian thadap biz tersebut di tmpt yg sesuai. Bincang dgn francaisor bagi dilantik sbgi francisi mereka. Dimana lokasi yg dirancang utk biz tersebut?.

  22. Safini - 14 Jan 2011, 7:30pm
    salam en. sebagai graduan lepasan diploma & penganggur,berusia 22 tahun,layak kah nk cube utk join francais?

  23. Shamsudin Abu Samah - 21 Jan 2011, 3:00pm
    Wasalam, kelayakan graduan cuma dip keatas dan berusia 21 tahun keatas itu ajer.

  24. Aneeza 2 - 03 Feb 2011, 9:58am
    salam..en. shamsudin. saya memang berminat untuk menceburi perniagaan franchise tetapi pada masa yg sama saya ketiadaan modal. saya ada terbaca tentang sekiranya utk memulakan perniagaan ni, sekurang2nya kena menyediakan modal pendahuluan 10% drp jumlah pinjaman keseluruhan. dlm erti kata lain, saya ingin bermula dari zero..sy tinggal di shah alam. boleh en shamsudin bantu?

  25. Shamsudin Abu Samah - 07 Feb 2011, 9:04am
    Wasalam Cik Aneeza 2, Secara asasnya PNS dipertanggungjawabkn utk mbantu usahawan. Itu kerja kami. Sdri perlu mletakkn komitmen yg sgt tinggi skiranya ingin mjalankn pniagan francais. Minat shj xmemadai. Usaha gigih, kekuatn mental, kekuatn kewangan, belajar n fahami betul2 pniagaan francais etc. Semua perkara asas ini perlukn penyelesaian dahulu. Gunakn kreativiti. Telefon sy jika inginkn pbincangn lanjut.

  26. Nadrahf - 28 Feb 2011, 4:39pm
    Salam. Saya asal daripada Miri, Sarawak. Saya ingin membuka perniagaan Tutti Frutti yang tidak mempunyai keahlian di bawah ROF. Adakah saya layak untuk mendapatkan pinjaman? Sila Bantu. Terima kasih.

  27. Shamsudin Abu Samah - 03 Mar 2011, 12:04pm
    Wasalam Cik Nadrahf, Sdri pastikan apakah modus operandi Tutti Frutti. Adakah mereka mjalankn pniagaan dgn LICENSING?. Kalau tidak dibawah ROF?. PNS juga mnerima pmohonan dari pniagaan licensing dgn terma-terma n syarat-syarat tertentu. Sdri Hubungi Pjbt Koridor Sarawak di Kuching 082453670 atau En Mohd Afiq 0199379767 atau Pn Vivishir 0138454006 / 0198557479. Slmt mencuba.

  28. Azmancc - 31 Mar 2011, 3:51pm
    Salam..en shamsudin , restoran saya baru mendapat ROF ..selain MFA di mana saya boleh mempromosi francais saya dan jika ada berminat apa proses yang perlu saya buat ... email saya azmancc@hotmail.com

  29. Shamsudin Abu Samah - 04 Apr 2011, 2:36pm
    Wasalam. Sdr Azmancc,
    Email dan fak kepada pajabat saya dan juga semua pejabat PNS yang ada di koridor seluruh Malaysia brocher dan nyatakan pakej-pakej produk sdra. Alamat email dan no fak boleh didapati dari www.pns.com.my.

    Sdra juga boleh mempromosi melalui internet. Kami juga mempromosi francaisor-francaisor yang ada di pasaran kepada usahawan-usahawan tempatan. Restoran sdra perlu juga menjadi ahli kepada MFA. Sekiranya pakej dan produk restoran sdra menarik saya yakin restoran sdra akan mendapat tempat dalam pasaran. Slmt berusaha.

  30. Kheree Abdul Aziz - 02 May 2011, 10:54pm
    salam, En.Shamsudin.. Saya ingin membuka kfc di muadzam shah di pahang.. boleh ka, saya membuat pinjamam dan apa syarat-syaratnya.

  31. Shamsudin Abu Samah - 03 May 2011, 12:10pm
    Wasalam En Kheree, Adakah sdra telah mdapat tawaran franchise KFC?. Sekiranya ya, sila hubungi saya secepat mungkin bagi urusan pinjaman PNS. Bawa bersama dokumen2 yang berkaitan dengan syarikat sdra serta dokumen dari KFC. Hp 0199509229

  32. Erica Ida - 23 May 2011, 4:18pm
    salam...sy b'mint sgt untk menjalnkan perniagaan francias:membuka perniagaan penjagaan diri & kecantikan.sy merupakn pekerja sektor awam.blh ke sy nk apply pnjmn dr PNS n berapa agaknya modal yg di perlukan untuk membuka perniagaan ini?

  33. Shamsudin Abu Samah - 30 May 2011, 10:12am
    Wasalam Cik Erica Ida, maaf kerana lewat mjawab. Langkah pertama, Cik Erica cari n pilih sendiri pniagan francais yg ada dipasaran skrg ini. Urus n dptkn pniagan dari francaisor. Modal yg diperlukn mgikut pekej n terpulang kpd francaisor yg dipilih. Tanya majikan bhubung dgn kebenaran bniaga n meminjam. Slmt mencuba.

  34. Anuar 46 - 26 Aug 2011, 4:57pm
    salam,
    sy nk buka bisnes yang boleh di francaiskn..bleh dpt pinjaman permulaan ker

  35. Shamsudin Abu Samah - 05 Sep 2011, 1:59pm
    Wasalam, saya tak pasti sdra mahu membuka perniagaan untuk menjadi FRANCAISOR atau FRANCAISI. Boleh bagi tahu saya bisnes apa?.

  36. Raja Abdullah Bin Raja Salehudin - 15 Sep 2011, 11:35pm
    salam En. Shamsudin, saya berminat untuk membuka restoran makanan segera seperti Mc'donald, KFC dan sebagainya. bagaimanakah caranya untuk saya memulakan. dan apakah syarat-syarat yg dikenakan. terima kasih

  37. Shamsudin Abu Samah - 07 Oct 2011, 11:58am
    Wasalam En Raja Abdullah, Tuan berurusan sendiri dengan francaisor-francaisor (Mc'donald, KFC, etc). Dapatkan francais mereka. Syarat-syarat terpulang kepada francaisor-francaisor berkenaan. Selamat mencuba. Maaf lambat menjawab soalan tuan.

  38. Synergy Nr Marketing - 09 Oct 2011, 4:12pm
    salam en shamsudin saya telah membuka syarikat franchise cosway lebih kurang empat bulan .masaalah saya sekarang saya menghadapi kekurangan modal pusingan untuk pengurusan.maka disini saya ingin bertanya bagaimana cara untuk memohon pinjaman dari PNB .dan apakah syaratnya dan kelayakannya.dan bagaimana prosidianya dan dimanakah pejabatnya yang terdekat di johor bahru. sekian terima kaseh

  39. Yoonfatt - 11 Oct 2011, 2:13pm
    Selamat Petang En Shamsudin,

    Saya amat berminat untuk menceburi perniagaan di bidang pemakanan & minuman. Saya berhasrat untuk menyertai perniagaan francais di bidang tersebut. Masalahnya saya bukan bumiputera.

    Harap encik dapat memberikan maklumat tentang skim tersedia untuk bukan bumiputera.

    Terima Kasih!

  40. Wifwi - 18 Oct 2011, 1:43pm
    Salam, saya ingin menjalankan perniagaan tutti fruti di selangor...saya bumiputra yg graduate ijazah.walaubagaimanapun, saya kakitangan kerajaan.Soalan saya, jika saya ingin menjalankan perniagaan ini, bolehkah saya mendapatkan pinjaman dari PNS?adakah saya layak?

  41. Mimy Marizd - 19 Oct 2011, 12:15am
    Salam, sy berumur 23tahun dan baru habis degree. Sy bercadang ingin membuka franchise Cool Blog dekat area KL. Sy nak tahu dapat bagaimana PNS dpt membantu dari segi modal dan khidmat nasihat atau apakah syarat-syarat yang perlu ada untuk membuka franchise ini. Tolong email ke mimy.marizd@yahoo.com .terima kasih

  42. Shamsudin Abu Samah - 20 Oct 2011, 3:39pm
    Kpd Synergy Nr Marketing, sila hbungi pegawai kami di alamat Aras 1 Block 05-01-02 Danga Walk Commecial Centre Batu 4 1/2 Jalan Skudai Johor Bahru Tel: 072323670.

    Kpd Yoonfatt, kami myediakn Skim Pembiayaan Kecil Francais kos di bawah RM50k didalam program francais mikro. Terima Kasih.

    Kpd Wifwi, sdra boleh mmohon pbiayaan jika telah mdapat francais tuttifrutti dari francaisor. Tanya majikn sdra samaada mereka mbenarkn sdra mjalankn pniagaan atau tidak.

    Kpd Mimy Marizd, Sdri bincang dgn Cool Blog (francaisor). Francaisor akan mbantu n mberi syarat2 yg perlu sdri penuhi. Sdri boleh mohon sehingga 70% dari kos projek yg dikenakn oleh Cool Blog (francaisor). Terima Kasih.

  43. Mohamed Haziq Bin Abdullah - 31 Oct 2011, 1:46am
    Salam 1 Malaysia..
    saya berasal dari muar johor..
    saya ingin mengetahui bagaimana cara-cara untuk memulakan perniagaan sebagai francaisi?Saya berminat untuk meniaga bidang makanan

  44. Hidayat 11 - 03 Nov 2011, 8:19pm
    salam,saya berminat ingin menjalankn perniagaan secara francais..akn ttp saya tidak faham bgaimn hendak memulakan dan dr mn..ingin ketahui dgn lebih lanjut..

  45. Shamsudin Abu Samah - 14 Nov 2011, 11:28am
    Wasalam, En Mohamed Haziq perlu mencari pniagn francais yg terdpt didlm pasaran skrg. Pelbagai jenis pniagn makanan francais yg ada. Bagi tujuan menimba ilmu, saya nasihatkn sdra supaya bekerja dahulu dgn pniagn francais. Dari situ sdra akan faham bagaimana pniagn francais beroperasi. Slmt mencuba.

    Wasalam Sdra Hidayat 11, Sdra disaran supaya mencari seberapa banyak ilmu pengetahuan berkenaan dgn pniagn francais. Apabila sudah faham pniagn francais barulah mencari pniagn francais yg sesuai utk diceburi oleh sdra. Slmt berusaha.

  46. Mariam 5 - 14 Nov 2011, 6:04pm
    saya berminat dgn perniaagaan francais, tetapi saya bertugas sebagai guru, perempuan dan berumur 39 tahun, adakah saya layak memohon?

  47. Shamsudin Abu Samah - 24 Nov 2011, 9:38am
    Salam Pn Mariam 5, Kelayakan memohon tidak tertakluk kpd jawatan n umur. Isu nya ialah, majikan Pn benarkn Pn mjalankn pniagaan atau tidak, Komintment kerjaya n pniagaan. Adakah isu-isu ini tidak akan menimbulkan masaalah pd Pn nanti.

  48. Mira 30 - 04 Dec 2011, 2:33pm
    salam..saya amat berminat untuk mbuka francais cool blog,adakah coolblog termasuk dalam senarai pns memberi bantuan?sy baru berumur 21 tahun,adakah sy layak mendapat pinjaman

    boleh saya tahu lokasi pns terdekat dengan muar johor?tq

  49. Shamsudin Abu Samah - 05 Dec 2011, 5:30pm
    Salam Mira 30, sila berurusan dengan pegawai PNS di Wilayah Koridor Selatan No Tel: 07-2323670 fak: 07-2327670. Mereka akan membantu. Terima kasih.

  50. Ninie 8 - 20 Dec 2011, 2:44pm
    salam, saya Ninie..saya berminat untuk membuka perniagaan francais.. saya berkerja sendiri sebagai penyanyi...adakah saya layak untuk memohon pinjaman? dan apakah kelaykan untuk memohon pinjaman?

<< Page 1 | Page 2 | Page 3 >>                  LastPage      (Total comments 171)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas by MFA members or the public are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. MFA does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT/REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. This forum is NOT intended to be a source of advertising, self-promotion or disparagement. MFA assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by MFA, however MFA reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by MFA. By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of MFA. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.