Register ¤ Login
Skim Pembiayaan Modal Perniagaan Francais
Shamsudin Abu Samah - Tue 18/May/10, 12:26pm [Last Comment]

Kami di Perbadanan Nasional Berhad (PNS) Wilayah Koridor Ekonomi Pantai Timur berpejabat di A19-1st Level 1 Block A Kuantan Perdana Commercial Centre Jalan Tun Ismail 1 25000 Kuantan Pahang ingin memaklumkan bahawa kami bersedia membantu usahawan-usahawan Bumiputera yang ingin menceburi perniagaan francais.

Kami mempunyai skim-skim pinjaman modal bagi memulakan perniagaan francais tersebut. Kami juga memberikan khidmat nasihat serta latihan berkenaan dengan perniagaan francais. Keterangan lanjut sila hubungi talian pejabat: 095173470 / 3670 atau HP 0199509229 / 0126474215.

Niche: Pinjaman Perniagaan | Geran Smidec
  1. Mohd Asri Bin Zakaria - 18 May 2010, 8:05pm
    Selamat Petang
    Saya amat berminat untuk menceburi perniagaan di bidang pelancungan. Saya berhasrat untuk menyertai perniagaan francais di bidang tersebut dan ingin mengetahui bagaimana pihak PNS dapat membantu saya dari segi modal dan khidmat nasihat.

  2. Mohd Fakhrulnizam Bin Mat Rifim - 20 May 2010, 2:58pm
    saya telah mendengar dan tahu mengenai PNS dan francias dan saya sangat berminat dalam bidang pemakanan dan minuman,saya ingin tahu bagaimanakan PNS dapat membantu dari segi modal dan kidmat nasihat atau apakah syarat-syarat yang perlu ada.

  3. Haslina Binti Hashim 2 - 20 May 2010, 4:40pm
    Salam saya juga sangat berminat dalam bidang franchais ini, Harap dapat memberikan maklumat dan syarat-syarat

  4. Shamsudin Abu Samah - 21 May 2010, 9:21am
    En Asri, En Nizam dan Cik Lina terdapat beberapa syarikat pelancungan yg telah di francaiskan. Sdr boleh pilih n bhubung trus dgn francaisor. Francaisor akan memaklumkan berapa modal yang perlu sdr keluarkan. Jadi kami beri pinjaman modal tersebut mengikut skim-skim dimana sesuai dgn kelayakan sdr. Antara syarat-syarat asas ialah:
    1. Umur 21 keatas
    2. Syarikat 100% bumiputra
    3. Francaisor berdaftar ROF & MFA
    4. Mdapat Surat Lantikan dr Francaisor
    sebagai francaisi mereka.
    5. Mempunyai ciri-ciri keusahawanan
    6. Max boleh pohon 80-90% dari modal
    kerja.
    7. Kadar keuntungan 4-6% setahun.
    8. Saiz pinjaman (Sdn Bhd) RM20-RM500
    ribu.
    9. Penyediaan dokumentasi seperti:
    - Profile syarikat
    - Projected Cash Flow (Syk baru)
    - Audited account (bagi syk lama)
    - Biz proposal

    Sila hubungi saya utk keterangan lanjut.

  5. Dyno - 21 May 2010, 6:04pm
    En Shamsudin,

    Tawaran pembiayaan modal ini adakah dikhususkan untuk perniagaan yang dijalankan di pantai timur sahaja atau terbuka kepada umum?

  6. Mfmy - 23 May 2010, 4:27pm
    En Shamsudin, adakah disediakan pinjaman untuk mereka yg telah menjalankan perniagaan tetapi memerlukan modal untuk memperkembangkan perniagaan tersebut.

  7. Ijul JB - 24 May 2010, 10:03am
    kepada semua yang berminat dgn bidang franchise, seelok2nye pergi ke kursus2 yang dianjurkan MFA. jgn tengok pada harga kursus tu sbb ilmu yg ditimba dr kursus tersebut amat bernilai dlm mempelajari selok belok perniagaan franchais.pinjaman bukan 1 masalah kerana bnyk agensi yg boleh memberi pinjaman spt PNS, SME bank, Maybank, CIMB, etc...yang penting adalah minat dan keupayaan diri.

  8. Shamsudin Abu Samah - 25 May 2010, 9:58am
    Sdr Dyno n Mfmy,
    Bagus nasihat Ijul JB. PNS ada di semua wilayah Koridor Ekonomi n HQ di PWTC Tkt 9. Cuma wilayah liputan saya pantai timur. Bantuan tak terhad pd wilayah saya saja. Sy akan bantu tuan mhubungi PNS di wilayah dmana perniagaan francais tuan berada. Maksudnya seluruh M'sia. Bagi soalan Mfmy, pinjaman boleh dipohon samaada baru nak mulakan biz atau sedang mjlnkan biz. Tak kira berapa lama dah bniaga. Cth: "working capital" pun boleh pohon pinjaman. Asalkan francaisor berdaftar dengan ROF & MFA serta mesti francais biz. Biz lain2 PNS tak dpt nak tlg.

  9. Adib 2 - 25 May 2010, 1:30pm
    Salam,

    Setuju dengan saudara ijul. Saya pernah menghadiri kursus asas perniagaan franchais anjuran MFA. Banyak aspek yang boleh kita pelajari..dari segi basis accounting, franchise act, aspek pembiayaan dll..

  10. Shamsudin Abu Samah - 25 May 2010, 2:17pm
    Betul kata Sdr Adib. Apa pun bidang kerja @ biz yang kita nak buat perlu ada ilmu pengetahuan terlebih dahulu. Francaisor juga ada menyediakan latihan khusus kepada francaisi2 mereka dari semasa kesemasa. Sebelum mengambil biz francais tersebut boleh mengikuti latihan dgn francaisor terlebih dahulu. Kalau ada minat, cari ilmu. Ilmu boleh dicari dari pelbagai sumber skrg ini. Kerja yg dilakukan dgn ilmu yg cukup membuahkan hasil yg baik. Berani mhadapi risiko n cabaran.

  11. Dyno - 26 May 2010, 4:44pm
    En Shamsudin, Terima kasih kerana menjawab soalan saya.

    1. Boleh saya tahu berapakah interest yang dikenakan dan max tempoh masa pembayaran balik?
    2. Adakah franchaisi dikenakan apa2 cagaran untuk loan tersebut?
    3. Saya dlm proses mendapat surat lantikan dari sebuah franchisor. Total start up cost lbh krg rm470K. Saya berpendapat syt ini ada peluang cerah untuk maju. So, apakah langkah seterusnya untuk saya mendapat loan dari PNS?

  12. Shamsudin Abu Samah - 27 May 2010, 10:31am
    Salam Sdr Dyno,
    1. Kadar faedah ikut skim yg sdr layak.
    Skim Francais Belia - 6%, MOF 90%,
    umur 21-40 thn.
    Skim Francaisi - 4%, MOF 80%, umur
    >21.
    Skim Francais Eksekutif - 6%, MOF
    80%, umur >25
    Skim Francais Siswazah & Skim Francais
    Wanita - 4%, MOF 90%, umur >21
    Bagi semua skim tempoh bayar 5 thn dgn 6 bulan bayar interest saja dan bulan ketujuh dari duit pinjaman keluar baru mula instalment pertama sehingga 60 bulan. Saiz pinjaman bagi syk SDN BHD RM20k - RM500k kecuali Skim Eksekutif RM50k - RM1juta.

    2. Tiada cagaran dan tiada penjamin

    3. Dapatkan Surat lantikan, Perjanjian Francaisi, disclosure dokumen dan surat kebenaran pinjam dgn PNS dari francaisor dan dokumen seperti item 9 diatas. Hubungi saya bagi dokumen2 sokongan lain.

    p/s boleh sy tahu lokasi pniagaan sdr.

    * MOF = Margin Of Financing

  13. Dyno - 27 May 2010, 12:25pm
    Salam En Shamsudin.

    Menarik betul tawaran pinjaman dari PNS. Terima kasih kerana sudi membantu memberi penerangan. Kalau saya tak jumpa En. kat sini, saya masih tak berapa clear ttg loan dari PNS. Saya telah cuba call office kat KL tapi line asyik putus jer...

    Saya merancang untuk membuka perniagaan di area KL.

    Saya akan mendapatkan semua surat2 dan dokumen2 yang diperlukan. Soalan saya, bolehkah saya berurusan dgn En Shamsudin walaupun lokasi bisnes saya di KL?

  14. Nik Azufy - 27 May 2010, 10:11pm
    Saya berminat untuk mengceburi diri tentang berniaga francais nie.Saya nk tahu berapa kos untuk khursus yg dianjurkan serta latihan.Boleh tak En Shamsudin bagi info jadual khursus untuk bulan julai/ogos nie.

  15. Shamsudin Abu Samah - 02 Jun 2010, 2:42pm
    En Dyno,
    Boleh, hantar saja pada saya seperti alamat tertera. Pertolongan saya tidak terhad pada wilayah saya saja. Sori lambat jwb coz bercuti.

    Sdr Nik Azufy,
    Sdr boleh melayari www.pns.com.my disini boleh dapat jadual kursus yang diperlukan. Tiada bayaran dikenakan. Latihan yang PNS berikan untuk program khas Siswazah dan Wanita seluruh negara. Oleh itu sekiranya berminat daftar melalui website diatas. Sdr juga boleh mengikuti kursus dan latihan berkenaan dengan francais anjuran MFA (Malaysian Franchise Association) jadual boleh didapati dlm website ini.

    www.mfa.org.my

  16. Larkin - 07 Jun 2010, 12:10pm
    Salam cik shamsudin
    saya hafiz.Saya ingin membuat pinjaman untuk membeli stok kertas dari indonesia dalam kuantiti yang banyak. Saya ingin membuka syarikat di Terangganu untuk membekal kertas disana. Adakah pihak encik boleh memberi cadangan untuk saya.Terima Kasih

  17. Shamsudin Abu Samah - 08 Jun 2010, 10:28am
    Salam En Hafiz.
    Sdr boleh membuat permohonan pinjaman modal dgn institusi2 perbankkan seperti SMECorp, SMEBank, PUNB, Bank Rakyat, CGC, Bank Industri dll. Bhubung n bincang dgn pegawai pinjaman mereka. Mudah-mudahan mereka boleh membantu sdr.

  18. Cra - 18 Jun 2010, 2:54pm
    Salam En. Shamsuddin,
    Saya nak minta pandangan dan pendapat En. Shamsuddin. Saya memiliki sebuat lo kedai (2,600 sq.ft) dan bercadang untuk membuka sebuah perniagaan makanan jenis francais. Adakah PNB hanya memberi pinjaman kepada perniaga yang telah bertapak? Apakah bantuan yang boleh saya dapati untuk memulakan perniagaan ini? Saya tidak mempunyai pengalaman tapi amat berminat dalam bidang perniagaan makanan ini.

    Adakah PNB sekitar sabah?

    Puan Julita,
    Semporna, Sabah.

  19. Shamsudin Abu Samah - 22 Jun 2010, 10:16am
    Salam Cra,
    Sy nak betulkan Perbadanan Nasional Berhad akronimnya "PNS" bukan PNB kerana PNB adalah akronim kpd Permodalan Nasional Berhad berlainan fungsi dgn PNS. Bhubung dgn lot kedai tuan sy nasihatkan supaya tuan buat kajian jenis biz francais makanan yg sesuai dgn lokasi tersebut. Pilih dan runding dgn francaisor utk mdapatkan biz francais mereka. PNS tidak terhad kpd orang yg memiliki lokasi kedai saja. Biz francais boleh bermula dari kosong pun. Tidak semestinya dah ada tapak. Cuma perlu rajin belajar bagaimana nak kendalikan biz itu teramat penting. PNS akan beri bantuan pinjaman modal bagi biz francais yg tuan pilih itu nanti. Di Sabah pejabat PNS telah wujud di Aras 9 Blok D Bangunan KWSP Jln Karamunsing, KK, Sabah sila hubungi En Bahrul Razhar, Siti Noorul Faiezah 082453670 dan 082453770. Mereka bersedia membantu tuan disana.

  20. Cra - 22 Jun 2010, 10:39am
    Terima kasih atas nasihat dan bantuan En. Samsuddin. Saya memang memerlukannya.

  21. Faizulrahman - 22 Jun 2010, 4:35pm
    assalamualaikum En Shamsudin,
    Adakah PNS menyediakan bantuan untuk menjadi franchisor dan apakah prosedur yang perlu dilakukan? terima kasih

  22. Shamsudin Abu Samah - 23 Jun 2010, 3:33pm
    Salam Faizul,
    PNS juga membantu membangunkan francaisor tempatan dgn skim2 tertentu. Antara pertimbangan asas untuk menjadi francaisor ialah:
    1. Telah mjlnkan biz lebih setahun serta mperolehi audited account bagi tahun tersebut.
    2. Mempunyai produk yg mdapat sambutan pasaran serta unik
    3. Mempunyai sekurang2ya 1 outlet yang beroperasi (prototaip outlet)
    4. Mempunyai ciri2 francais spt mampu bekalkan produk secara berterusan kemana2 saja.
    5. Mempunyai jenama yg berpotensi tinggi
    6. Mampu mengendalikan latihan
    7. Mempunyai pentadbiran yg sistematik
    8. Mampu mengendalikan biz bersekala besar
    9. Punyai sikap dan berfikiran usahawan tulen
    10. Mempunyai sumber2 kewangan kukuh

    Hantarkan biz proposal yg lengkap bagi dinilai dan di pertimbangkan oleh PNS utk dibangunkan sebagai sebuah biz francais.

  23. Sue23 - 05 Jul 2010, 12:11pm
    salam..saya berada di melaka macamana sy nk buat pinjaman nie..pls advise..ttq

  24. Zaliz - 06 Jul 2010, 5:19pm
    salam... saya ingin mencari individu yg betul2 serius ingin menjalankan perniagaan francais dgn saya... dana di sediakan.. 013 3431508

  25. Shamsudin Abu Samah - 07 Jul 2010, 9:05pm
    Sdri Sue23,

    Sila hubungi En Mohd Hafizi 0195594977 atau En Shafiq 0173350652 atau pejabat 07-2357670. Mereka adalah rakan kami yang berada di Koridor Wilayah Iskandar Johor.

  26. Masnida Mohsin - 10 Jul 2010, 7:09pm
    salam en shamsudin,
    saya adalah graduan yg menganggur dan sudah berkahwin..saya amat berminat utk menceburi bidang francais ni...saya tinggal di seri manjung perak, yg skg sedang pesat membangun...bolehkah en beri bantuan modal 100%

  27. Izzul - 11 Jul 2010, 7:25pm
    salam saya zul dari pahang kami sekeluarga berminat nak buka francais ni tapi modal untuk mulakan perniagaan dan sewa kedai tak cukup.boleh ke kami mohon??

  28. Shamsudin Abu Samah - 13 Jul 2010, 5:14pm
    Salam Pn Masnida Mohsin,
    Maaf lewat jwp coz bercuti. Saya nasihatkan pn melayari laman web kami www.pns.com.my dan daftar online bagi mengikuti program khas bagi siswazah iaitu PROGRAM FRANCAIS SISWAZAH (PFS). PNS akan menghubungi pn dari semasa kesemasa bagi pn mengikuti keseluruhan program tersebut sehingga kepada pembiayaan perniagaan francais sekiranya pn berjaya melepasi keseluruhan program tersebut. Selamat mendaftar.

    En Izzul, pembiayaan yg PNS tawarkan sememangnya utk membantu usahawan yg kekurangan modal bagi mendapatkan perniagaan francais. Oleh itu Sdr diminta menghubungi saya secepat mungkin bagi tujuan permohonan pinjaman modal tersebut.

  29. Haidhir Bin Hassan - 17 Jul 2010, 10:42am
    Salam....saya nak buka syarikat komputer...lokasi di melaka....saya nak hubungi siapa...?

  30. Shamsudin Abu Samah - 19 Jul 2010, 3:38pm
    Salam En Haidhir,
    Sila hubungi rakan koridor ofis kami yg berada di Wilayah Iskandar Johor En Mohd Hafizi 07-2357670 / 0195594977 atau En Mohd Shafiq 0173350652. Mereka boleh membantu sdr.

  31. Ahmad Zairul Dzuljastri - 20 Jul 2010, 2:56am
    Salam En Shamsudin,saya berminat untuk menceburi bidang perniagaan Franchise,.tolong e-mail ke zairules@yahoo.com lebih lanjut butir2 tentang PNS,..atau call saya 017-2918692. tq

  32. Shamsudin Abu Samah - 20 Jul 2010, 1:05pm
    Salam Sdr Ahmad Zairul,

    Saya dah email pada sdr. Layari www.pns.com.my untuk maklumat lanjut. Selamat belayar.....

  33. Rostamabd - 22 Aug 2010, 10:06pm
    salam En Shamsudin, saya mempangunyai 1 restoran thai berkonsepkan fine-dining yang telah beroperasi lebih dr setahun ..saya berminat untuk mengembangkan biz ini dan sekali gus ingin menjadi local francaisor..bagaimana cara bg saya mendapatkan modal untuk mengembangkan restoran saya ini..

  34. Shamsudin Abu Samah - 24 Aug 2010, 10:41am
    Wasalam Sdr Rostamabd,
    Dimanakah lokasi restoran sdr?. Utk mendapatkan modal bagi mengembangkan perniagaan boleh diperolehi dari mana-mana institusi perbankan atau agensi-agensi seperti PNS, SMECorp, SMEBank, PUNB, CGC, Agro Bank, Bank Rakyat dll. Tanya mereka ada tak menyediakan kemudahan-kemudahan pinjaman bagi sdr membesarkan perniagaan sdr. Bagi PNS sdr boleh memohon dgn ciri-ciri pertimbangan yg saya telah nyatakan dlm forum ini No 22 pd 23 Jun 2010 lalu. Hubungi saya kiranya masih ada kemuskilan.

  35. Rostamabd - 25 Aug 2010, 12:41am
    Salam En Shamsudin, lokasi restoran sy di kota damansara, selangor..saya ingin bangunkan restoran saya sebagai sebuah biz francais..adakah saya bule memohon melalui Wilayah tuan atau perlu melalui Wilayah dikawasan saya..terima kasih

  36. Shamsudin Abu Samah - 25 Aug 2010, 1:08pm
    Wasalam Sdr Rostamabd, saya beri sdr orang yang bertanggungjawab bagi pembangunan Francaisor di PNS seperti berikut: En Zafrul Azman Mohamed Azraai No tel pej tingkat 9 PWTC: 03-2698 6670 ext 308 atau HP 0193866722. Beliau akan beri Sdr panduan lengkap bagaimana kearah menjadikan perniagaan francais sdr.

  37. Rostamabd - 25 Aug 2010, 2:34pm
    terima kasih banyak-banyak yer En Shamsudin

  38. Hafiz 13 - 01 Sep 2010, 11:19am
    Salam En Shamsudin,
    Saya telah teliti perbincangan dalam forum ini dan ada mendapatkan infor dalam website PNS.Dalam mendaptkan dana dari PNS perkara untuk penyediaan seperti projected cash flow,bis proposal dan company profile itu perlukah disediakan oleh saya sendiri. Memandangkan saya masih tidak mempunyai syarikat dan kurang mahir dalam penyediaan kertas kerja sebegini, siapakah yang saya perlu rujuk? Adakah syarikat francaisor yang kita berminat untuk menjadi francias akan membantu menyediakan dokumen ini?Jika tidak apakah langkah yang perlu saya ambil?

  39. Shamsudin Abu Samah - 06 Sep 2010, 5:08pm
    Salam Sdr Hafiz 13,
    Ada juga francaisor yg membantu francisi mereka bagi menyediakan dokumen2 tersebut. Perkara ini boleh dibincangkan dgn francaisor yg sdr temui. Sekiranya tidak dapat juga sdr boleh mencari kawan2 atau sesiapa saja yg pandai dibidang ini. Sbgai contoh; konsultan, mungkin dikenakan sedikit bayaran. Sekiranya sdr buat carian di internet pun sdr boleh dapat contoh2 kertas kerja yg baik2. Sebaik2nya belajar buat sendiri hingga kita faham apa bis yg nak kita buat itu. Kertas kerja ini merupakan kajian kita terhadap bis yg kita nak buat nanti. Sekiranya masih ada masalah jgn ragu2 utk hubungi saya. Saya rela membantu.

  40. Wan 73 - 08 Sep 2010, 7:31am
    salam, adakah untuk menjadi francisor, usahawan memerlukan perniagaan yg besar? jika perniagaan kecil seperti modal RM5,000 sahaja, bolehkah bisnes itu difrancaiskan??

  41. Shamsudin Abu Samah - 14 Sep 2010, 12:58pm
    Wasalam Sdr Wan 73,
    Biz yg kelihatan besar hari ini pun bermula dari kecil juga. Matlamat utama seseorang usahawan yg ingin menjadi francaisor atau mfrancaiskan Biz adalah bertujuan meluaskan pemasaran atau dalam erti kata lain membesarkan Biz mereka. Saiz modal dan jenis Biz tak menjadi halangan, cuma cara bg membesarkan biz supaya berjaya apabila difrancaiskan, itu yg perlu diutamakan.
    Sebagai contoh; apabila usahawan tersebut menjadi francaisor kelak, mampukah dia membekalkan produk kepada semua francaisi-francaisi yg ada sekarang dan akan dtg. Maksudnya, dari Biz yg bersaiz kecil tadi, usahawan perlu memikirkan cara bagi menjalankan perniagaan yg berskala besar.

  42. Shamsudin Abu Samah - 15 Sep 2010, 10:52am
    Sdr Wan 73, Contoh; katakan lah, sdr kini sdg mjalankan biz hawker ayam goreng dgn jenama "MALAYSIA CHICKEN". Modal utk sebuah perniagaan 'Malaysia Chicken' sdr ini cuma RM5,000 shj; jadi bg meluaskan pasaran, sdr francaiskan biz 'Malaysia Chicken' sdr. Sdr akan menjadi francaisor kpd biz berjenama "Malaysia Chicken". Selepas itu sdr boleh melantik sesiapa yg bminat mjadi francaisi kpd biz 'Malaysian Chicken' tersebut. Dgn cara ini biz sdr berjenama "Malaysian Chicken" akan bkembang dgn mudah dan cepat keseluruh negara malah seluruh dunia sekali pun. Mcam McD tu.....

  43. Wan 73 - 16 Sep 2010, 7:50am
    Terima Kasih En Shamsudin..

  44. Zams 2 - 16 Sep 2010, 8:13am
    Salam En Shamsudin, saya merupakan konsultan membangunkan usahawan. Daripada program saya telah wujud usahawan2 yang menjalankan perniagaan. Hubungan saya dengan mereka masih terjalin kerana ada satu bahan yang perlu mereka dapatkan daripada saya untuk perniagaan mereka. Saya terfikir untuk menjadikannya perniagaan francais tetapi bolehkah...kerana saya sendiri tidak menjalankan perniagaan tersebut?

  45. Shamsudin Abu Samah - 22 Sep 2010, 9:42am
    Wasalam. Maaf, saya kurang faham isu yg Sdr utarakan. Adakah sdr nak francaiskan perniagaan konsultant sdr atau perniagaan pelanggan sdr?. Perniagaan apa dan siapa yg nak dijadikan satu perniagaan francais?

    Asas kpd perniagaan francais ialah pemasaran. Biz berkembang melalui satu konsep. Contoh; sdr mempunyai produk atau perkhidmatan bagi satu perniagaan yg berdaya maju dan diterima baik oleh pasaran. Oleh itu sdr boleh menggunakan konsep francais bagi mengembangkan perniagaan tersebut dgn lebih cepat dan mudah.

  46. Faizal 14 - 22 Sep 2010, 11:26am
    Salam En.Shamsudin, saya nak tanya, jika perniagaan franchise yg saya hendak ceburi modalnya yg di estimate oleh franchisor ialah RM400,000, bolehkan saya apply daripada PNS dgn amount yyg diberikan oleh franchisor? dan berapa estimate bulanan yg saya kene bayar kepada PNS?

  47. Shamsudin Abu Samah - 22 Sep 2010, 4:32pm
    Wasalam En Faizal 14, utk makluman sdr jumlah pinjaman yg boleh dipohon dari PNS adalah berbeza mengikut skim (Rujuk kpd item 12 dlm forum ini). MOF (Margin Of Financing) yg dinyatakan itu menunjukkan peratusan amaun yg boleh dipohon. Walaubagaimana pun ia tertakluk kpd amaun yg akan DILULUSKAN oleh PNS. Dari itu saya sarankan supaya sdr bersedia dengan modal sebanyak 40% dari jumlah modal asas yg diminta oleh francaisor.

  48. Faizal 14 - 23 Sep 2010, 8:39pm
    Salam En.Shamsudin, terima kasih atas penjelasan..boleh saya contact En jika saya mahu memohon pinjaman dari PNS?

  49. Shamsudin Abu Samah - 24 Sep 2010, 4:21pm
    Wasalam Sdr Faizal 14. Boleh hubungi saya untuk berbincang lebih lanjut. Kawasan jagaan saya ialah di pantai timur, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing.
    Mcamana pun sdr boleh hubungi saya.... tiada masalah.

  50. Tyka - 03 Oct 2010, 10:44pm
    Salam En.Shamsudin , saya tika dari K.Lumpur , saya nak tanya , if saya dah ada gerai tauhu bakar and berhasrat untuk membuka restoran franchise dengan nama sendiri , boleh ke saya apply loan dengan PNB , saya baru habis diploma and umur saya 21tahun . :)

Page 1 | Page 2 >>                  LastPage      (Total comments 171)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas by MFA members or the public are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. MFA does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT/REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. This forum is NOT intended to be a source of advertising, self-promotion or disparagement. MFA assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by MFA, however MFA reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by MFA. By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of MFA. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.