Register ¤ Login
Pinjaman Perniagaan
FredKiwi - Fri 11/May/07, 9:04am

salam,
saya amat berminat menceburi bidang francise tapi tak de modal. boleh sesapa tolong beritahu saya maklumat tentang mana-mana institut kewangan atau mana- mana badan yang boleh menolong mendapatkan pinjaman. untuk makluman saya telah menghadiri seminar PFS anjuran PNS dan telah lulus temuduga tapi malangnya saya tidak dapat meneruskan kursus 6 minggu kerana terikat dengan kerja.
oleh itu ada sesiapa yang mengetahui bagaimana saya boleh mendapatkan sumber kewangan 100%.
  1. MFA Admin - 14 May 2007, 12:47pm
    Saudara FredKiwi, pertamanya terima kasih kerana berminat dalam perniagaan francais. Sebagaimana yang diketahui, saudara telah pun mendaftar untuk program PFS anjuran PNS. Selain daripada 2 program PFS/W, terdapat beberapa lagi skim pinjaman lain anjuran PNS antaranya skim eksekutif dan skim belia. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.pns.com.my.

    Selain itu terdapat juga beberapa agensi lain yang turut menawarkan skim pinjaman francais antaranya Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Bank dan juga skim porsper anjuran PUNB, Sila layari laman web agensi berkenaan untuk maklumat lanjut. Sebagai orang yang masih baru, latihan amatlah penting dalam membantu menjayakan sesebuah perniagaan. Kami amat menggalakkan saudara untuk menyertai Program Latihan Francais. Program ini akan mendedahkan aspek-aspek persediaan dan hala tuju sebelum menceburi perniagaan francais. Kami juga menyarankan agar saudara membaca artikel-artikel atau buku-buku yang berkaitan seperti yang ada dalam simpanan kami. Kami di MFA sentiasa bersedia untuk membantu. Selamat Berjaya. Sekian terima kasih.

Page 1                        (Total comments 1)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas by MFA members or the public are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. MFA does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT/REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. This forum is NOT intended to be a source of advertising, self-promotion or disparagement. MFA assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by MFA, however MFA reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by MFA. By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of MFA. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.