Register ¤ Login
Perkara Yang Perlu Diketahui Sebelum Memulakan Perniagaan Dobi Dan Cucian Kering
Laila Mukhtar Management 0196190075 - Sun 28/Dec/08, 12:06am

SELAMAT TAHUN BARU/HAPPY NEW YEAR DIUCAPKAN KEPADA BAKAL USAHAWAN!!

Selepas menganjurkan beberapa siri kursus pengurusan kedai dobi dan cucian kering (latihan amali) serta menjadi tempat rujukkan kepada beberapa usahawan kedai dobi yang sediaada, disini saya ingin berkongsi pengalaman bersama bakal usahawan didalam persediaan sebelum menceburi dunia perniagaan dobi dan cucian kering. Mungkin ada diantara anda merasakan apa yang cuba saya sampaikan adalah perkara mudah, akan tetapi perkara yang mudah inilah yang sering dilupai oleh sesetengah pengusaha.

PENUBUHAN SYARIKAT.
Bakal usahawan perlu mendapatkan maklumat secukupnya sebelum menubuhkan sesebuah syarikat. Seringkali diberitahu mengapa ramai yang memilih untuk menubuhkan syarikat enterprise adalah kerana ianya mudah, tidak perlu menghantar akaun syarikat kepada ssm dan sebagainya. Dapatkan maklumat yang secukupnya daripada agensi-agensi yang dilantik sebagai wakil ssm, dan buat keputusan yang terbaik bergantung kepada keupayaan sendiri.

PEMILIHAN JENIS PERNIAGAAN SAMAADA FRANCAIS ATAUPUN SENDIRI.
Bagi yang ingin menceburi perniagaan francais, banyak perkara yang perlu ditimbangkan bergantung kepada keupayaan. Bagi perniagaan francais beberapa faktor perlu di ambil kira seperti yuran bayaran yang dikenakan (yuran francais, yuran pengiklanan, yuran pentadbiran, yuran latihan, royalty bulanan dan lain-lain caj). Dapatkan maklumat secukupnya dan buat keputusan bergantung kepada keupayaan diri.

PEMILIHAN KONSEP PERNIAGAAN.
Seringkali ditanya oleh bakal usahawan berkenaan konsep yang ingin dijalankan. Seringkali juga saya nyatakan kepada mereka fikirkan akan logiknya. Sebagai contoh kepada yang ingin membuka perniagaan yang berkonsepkan ‘Café Laundry’dan ‘self service laundry’. Di negara barat terdapat banyak pengusaha dobi yang menjalankan perniagaan yang berkonsepkan ‘café laundry’ dan ‘self service laundry’. Disini saya memaklumkan kepada bakal usahawan, di negara barat sebab mengapa pelanggan menghantar pakaian ke kedai dobi adalah kerana 1) setiap unit rumah dikawasan bandar contohnya kondominium , mereka tidak disediakan tempat menyidai pakaian, 2) gaya hidup dinegara barat amat berbeza dengan gaya hidup kita di Malaysia.

PEMILIHAN TAPAK DAN LOKASI.
Pemilihan lokasi perniagaan merupakan perkara penting bagi semua jenis perniagaan. Kawasan hendaklah tumpuan dan laluan orang ramai. Keluasan yang diperlukan adalah 20’ x 60’, kepadatan penduduk tidak kurang dari 10,000 orang, 50% daripadanya adalah bumiputera dan berpendapatan sederhana dan tinggi.

SUSUN ATUR PREMIS PERNIAGAAN.
Susun atur memainkan peranan penting bagi sebuah premis perniagaan. Susun atur yang baik akan memudahkan aliran kerja dan dapat menjimatkan masa disamping premis akan menjadi lebih teratur dan bersistematik.

SIMPANKIRA DAN PENGURUSAN AM
Selalu saya tekankan kepada para peserta yang menghadiri kursus yang saya anjurkan, simpankira dan pentadbiran am memainkan peranan yang penting bagi setiap organisasi. Walaupun hanya sebuah perniagaan dobi, dengan adanya system perakaunan dan rekod-rekod yang betul kita boleh ‘keep track’ rekodjualan.

PEMASARAN
Keputusan yang dibuat dalam aspek pemasaran selalunya mempengaruhi usaha usahawan dalam merancang, menjalankan dan menguruskan perniagaannya. Pemasaran ialah beberapa siri aktiviti perniagaan yang direka bentuk untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna, dan pada masa yang sama memberi keuntungan. Perniagaan hari ini hendaklah berorientasikan pemasaran. Terdapat banyak syarikat yang bankrup kerana pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menangani pasaran yang sentiasa berubah. Pemasaran dikaitkan dengan pengguna di mana pengguna dianggap sebagai raja. Apa yang penting ialah syarikat hendaklah memahami apa yang membuat pengguna rasa puas, dan tugas peniaga ialah untuk cuba memuaskan kehendak dan keperluan pengguna dengan sebaik mungkin. Justeru itu kosep pemasaran ialah “perniagaan hendaklah wujud untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna” supaya boleh mendapat keuntungan.

PENETAPAN HARGA.
Stratergy penetapan harga terbahagi kepada;

1-Stragegi Melebihi Harga Pasaran.
*Lazimnya sasaran lebih kepada kelas atasan, mengikut jenama atau pun bagi perkhidmatan yang baru diperkenalkan.

2-Strategi Mengikut Harga Pasaran.
*Bersaing berdasarkan kualiti, perkhidmatan ‘complimentary’ dan keadaan premis perniagaan.

3-Strategi Harga Bawah Pasaran @ ‘Loss Leader’
*Bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan,membuatkan perkhidmatan pesaing sebagai perkhidmatan mahal.

4-Penetapan Harga Secara Psikologi seperti Bata

TENDER
Kebelakangan ini ramai pihak ymenhghubungi saya bagi mendapatkan senarai harga bagi merebut tender-tender yang dikeluarkan bagi pihak kerajaan mahupun swasta. Dan ada segelintir daripadanya ingin merebut tender tanpa apa-apa persiapan seperti mempunyai premis perniagaan. Dan sering kali juga saya menasihatkan peserta yang menghadiri kursus anjuran saya, BUKA PERNIAGAAN, JALANKAN PERNIAGAAN DAN SELEPAS BERPUAS HATI DENGAN MUTU PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN BARULAH REBUT TENDER-TENDER YANG DITAWARKAN. JUGA DAPATKAN PENGETAHUAN YANG SECUKUPNYA TERUTAMANYA CARA MEMBUAT KERTAS KERJA SEBELUM MELETAKKAN SEBARANG HARGA BAGI MEREBUT TENDER. FAHAMI PERJALANAN PERNIAGAAN INI DENGAN BETUL.

WAKIL KHIDMAT PELANGGAN
Kebanyakkan pengusaha dilihat kurang memberi penekanan di bahagian khidmat kaunter/khidmat pelanggan. Perlu diingatkan bahawa kakitangan yang di tempatkan di bahagian kaunter memainkan peranan yang penting di setiap organisasi/perniagaan. Komunikasi antara kakitangan dan pelanggan mencerminkan imej sesebuah organisas. Antara ciri-ciri wakil khidmat pelanggan ialah mampu mengawal situasi dalam apa jua keadaan apabila berhadapan dengan pelanggan.

PENGETAHUAN DAN LATIHAN AMALI (PRACTICAL TRAINING)
Pengetahuan merupakan aspek penting bagi setiap bakal usahawan dan juga usahawan sediada. Bagi mereka yang baru ingin menceburi dunia perniagaan ini saya galakkan menghadiri kursus tidak kira anjuran saya mahupun pihak yang lain. Pastikan kursus yang dihadiri memberi pendedahan yang secukupnya tidak hanya dari segi teori tetapi yang lebih mengutamakan latihan amali. Dan tidak hanya mementingkan perjalanan operasi perniagaan tetapi juga mengambil kira aspek pemasaran, simpan kira dan pentadbiran am. Secara peribadinya saya ingin nyatakan bahawa modal dan minat sahaja tidak mencukupi bagi menceburi dunia perniagaan. Latihan dari segi fizikal juga perlu untuk bakal usahawan didalam persiapan sebelum melakukan pelaburan yang besar. LAKUKAN PELABURAN YANG KECIL (MENGHADIRI KURSUS) SEBELUM MELAKUKAN PELABURAN YANG BESAR (PEMBELIAN MESIN DAN PERALATAN).

Disini, Laila Mukhtar Management dengan kerjasama Creative Pearl (M) Sdn Bhd (pengasas rangkaian Dr Clean Concept Shop) dan rangkaian Dr Clean Concept Shop seluruh Malaysia., menganjurkan siri Kursus Pengurusan Kedai Dobi dan Cucian Kering dan Kursus Pengurusan Perniagaan Dobi Bersepadu, didalam usaha membantu bakal usahawan yang berminat menceburi dunia perniagaan ini. Banyak topik akan dibincangkan bagi membantu bakal usahawan bagi menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Kepada yang berminat hubungi talian 019-6190075 atau email ke lailamuktar@hotmail.com bagi mengetahui kursus-kursus yang pihak kami anjurkan.

Niche: Bisnes Dobi
  1. Nasrul Shah - 30 Dec 2008, 12:18pm
    saya boleh bantu anda untuk wat loan perniagaan dengan institusi kewangan seperti di bawah:

    -sme bank
    -punb
    -smidex
    -mara
    -cimb bank
    -rhb bank
    -maybank

    berminat sila email ke hhismailmonashis@gmail.com

  2. Jack8888 - 25 Apr 2009, 4:38pm
    - Pembekal Pakaian –

    Terbuka kepada semua peniaga kedai pakaian, butik, Peniaga di up-town/down-town atau peniaga sedia ada/yang baru hendak bermula.Jika anda ingin mendapatkan pakaian baru dan berkualiti:

    Sila hubungi kami. Email: Hafizi_8888@yahoo.com

Page 1                        (Total comments 2)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas by MFA members or the public are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. MFA does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT/REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. This forum is NOT intended to be a source of advertising, self-promotion or disparagement. MFA assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by MFA, however MFA reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by MFA. By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of MFA. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.