Register ¤ Login
Otai Burger Franchise - Satu Kesedaran
Ali Ritz - Fri 18/Dec/09, 12:43am

Saya memohon agar pihak MFA/PNS/MARA mengkaji kembali sokongan pihak tuan kepada Otai Burger. Untuk makluman tuan2, penubuhan awal Otai Burger adalah dgn menggunakan nama Mie Burger. Di awal penubuhannya, Mie Burger cuma mempunyai 2 gerai burger sahaja dgn pengurusan yang tidak sistematik. Atas nasihat kami, penggunaan sistem yg lebih teratur telah digunakan dan gerai Mie Burger berkembang kepada 5. Untuk melebarkan sayap, penjenamaan dibuat dgn menggunakan nama OTAI Burger. Matlamat awal penubuhan disemak dan dipersetujui untuk membantu belia2 berniaga dgn OTAI sebagai tonggak dalam menyediakan sistem dan membantu membimbing belia2 ini berniaga. Pada masa itu, walaupun sistem telah wujud tetapi Suhaimi Abas (Owner Otai Burger) mempunyai masalah modal utk mengembangkan perniagaan beliau dan sekaligus membantu belia2 tersebut. Di atas dasar setiakawan dan ingin membantu belia2 terutama melayu untuk mengembangkan perniagaan, kami telah mengumpul dan mencari dana melalui rakan2 bagi membantu Otai. Perancangannya adalah kami (pelabur) akan membeli gerai tersebut dahulu pada harga RM6000 dan seterusnya menyewa-jual kepada pengusaha termasuk OTAI sendiri pada kadar RM200 sebulan selama 7 tahun. OTAI dalam pada itu akan memberi sewa RM250 kepada pengusaha. Lebihan RM50 akan dikumpulkan dlm satu akaun untuk digunakan bagi menebus kembali gerai2 tersebut supaya pengusaha tidak terbeban lama. Kadar RM200 ditetapkan oleh OTAI sendiri kerana beliau yakin pada harga tersebut pengusaha2 mampu untuk membayar kembali. Melalui kaedah ini, kami telah berjaya membantu OTAI untuk membuka lebih 50 gerai burger dalam masa tidak sampai 2 tahun. Pencapaian yang hanya dapat dimimpikan oleh OTAI sekiranya tanpa bantuan kami. Setelah berkembang, cadangan untuk mengfranchisekan OTAI dibuat oleh kami dgn niat membeli kembali gerai2 drp pelabur2 dan memberi hak terus kepada pengusaha. Malangnya, Suhaimi Abas mempunyai agenda sendiri. Melihat kepada geran yg bakal diterima adalah jutaan ringgit, beliau telah mengenepikan kami. Semenjak itu, sewa bulanan selalu lewat dan tidak tetap dan akhirnya tiada lagi pembayaran dibuat semenjak Jun 2009. Jumlah yang diberi kepada OTAI bagi menjayakan matlamat ini adalah lebih kurang RM200,000. Kami pelabur tidak ralat dgn duit tapi kami hampa kerana ditipu oleh OTAI utk kesenangan sendiri yg jauh dari matlamat asal utk membantu belia2 maju. Sebagai contoh, sebaik mendapat duit geran franchise beliau dgn angkuh telah membeli kereta BMW 5 series baru yang berharga lebih RM300,000 tapi tidak melunaskan duit sewa kami. Mungkin ada yg mengatakan kami tamak kerana nilai diberi RM200 tapi diterima sekiranya perjanjian dikotakan adalah RM16000. Tuan2 perlu ingat, pada awalnya, OTAI menyarankan agar dibuat perkongsian keuntungan dgn pengusaha pada kadar 40:60 pada tahun pertama dan 20:80 selepas mendapat modal. Kami tidak setuju kerana kami percaya duit tersebut adalah titik peluh pengusaha dan tidak patut kami hanya kerana mempunya wang mengerah serta memeras keringat pengusaha. Kiranya tuan2 fikir, duit RM6000 dilaburkan pada ASB, pada tahun ketujuh, pulangan yg diperolehi hampir mencecah RM14,000. Lebihan RM2000 melalui skim ini adalah adil dan sewa RM200 sebulan selama 7 tahun adalah tidak membebankan. Kami bukan mahu belas kasihan bukan pembelaan. Kami hanya mahu masyarakat tahu. OTAI bukan membela nasib bangsa tapi lebih kepada memeras keringat belia2. Keuntungan OTAI melalui syarikat membekal bahan mentah burger kepada pengusaha2 lain adalah melebihi 60% sebagai contoh cili sos hanya RM8 (pada masa itu) dijual RM20. Ini adalah penindasan yang mana kami telah bantah dahulu. Untuk pengetahuan tuan, kami sekarang dlm perbincangan dengan peguam kami utk menyaman Suhaimi Abas kerana memungkiri perjanjian dgn kami. Sekian
  1. Sham 11 - 18 Dec 2009, 8:39pm
    gua sokong bro...saman jer suhaimi abas tu...time susah xingat....dh senang lupa daratan...ingat sampai bila kt ne asyik ddk atas jer...Allah tu maha adil....

  2. Agus - 22 Dec 2009, 11:52am
    brniga ni kene ada perjanjian peguam,ketelusan akaun syarikat,,,,xder nie..payah nak bermniaga.......

Page 1                        (Total comments 2)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas by MFA members or the public are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. MFA does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT/REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. This forum is NOT intended to be a source of advertising, self-promotion or disparagement. MFA assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by MFA, however MFA reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by MFA. By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of MFA. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.