Kepada sesiapa yang ingin membuka perniagaan dobi..
Kami membekalkan mesin dobi komersial baru kepada anda jenama "SPEEDQUEEN"... tahan lasak... berkualiti...
*Package :
2 topload commercial washer
1 frontload dryer
only RM 21,000.00
Laila Mukhtar Management 0196190075 - 07 Oct 2008, 6:03pm Beberapa hari yang lepas saya telah diminta oleh salah seorang saudara saya untuk pergi ke sebuah kedai dobi milik sahabatnya di Kuala Lumpur. Dari apa yang saya dengar kedai tersebut berselerak, tidak mempunyai pekerja, jualan tak mencapai sasaran yang dituju, perbelanjaan melebihi pendapatan dan sebagainya. Sesampai saya di kedai tersebut, dalam hati saya…(nak baliiikkk…!!). Beberapa faktor yang ingin saya tekankan kepada bakal usahawan dan usahawan yang sediaada, dan ini tidak terhad kepada perniagaan dobi sahaja.
PENUBUHAN SYARIKAT
Perlu mendapatkan nasihat dari mereka mereka yang berpengalaman tentang penubuhan syarikat. Yang mana bersesuaian, samaada syarikat sdn bhd atau enterprise. Dapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membuka sesuatu syarikat, selepas itu buat keputusan yang terbaik bergantung kepada keupayaan.
PEMILIHAN PERNIAGAAN SAMAADA FRANCHISE ATAU SENDIRI
Perlu mendapatkan maklumat yang tepat sekiranya berminat untuk memilih perniagaan franchise. Bagi perniagaan franchise beberapa faktor perlu diambilkira seperti caj bayaran yang dikenakan (franchise fee/Advertising fee/Training fee/Service Fee/Royalty dan sebagainya)
AKAUN
Selalu saya tekankan kepada para peserta saya, walaupun kita hanya membuka kedai dobi, perakaunan merupakan perkara yang paling penting. Adakan system perakaunan dan system filing yang sesuai dan mengikut kemampuan. Tidak perlu membeli program/software yang berharga ribuan ringgit, cukup sekadar mempunyai system yang sesuai dan betul.
SUSUN ATUR KEDAI.
Perlu dingatkan susun atur kedai memainkan peranan yang penting. Iainya mesti mengikut aliran kerja. Tidak digalakkan mengikut kehendak hati.
TIADA PENINGKATAN DIDALAM JUALAN KERANA TIADA PEMASARAN
Tidak mempunyai strategy pemasaran dengan alasan tidak mempunyai pekerja dan tidak mampu untuk mengupah pekerja. FIKIR!!..BAGAIMANA JUALAN HENDAK MENINGKAT SEKIRANYA TIDAK MEMBUAT PEMASARAN/PROMOSI?? BAGAIMANA HENDAK MENGAMBIL PEKERJA SEKIRANYA DRAFT JUALAN SENTIASA MENDATAR DAN CUKUP MAKAN??.
CORPORATE PROFILE
Corporate profile adalah penting bagi sesebuah perniagaan sekiranya hendak menceburi sektor koperat. Corporate profile yang mantap mampu membantu sesebuah perniagaan. IMEJ ADALAH SEGALANYA.
Saya sering tekankan kepada para peserta yang menghadiri kursus saya, banyak perkara yang diambil mudah apabila seseorang itu membuka perniagaan dengan alasan iainya perniagaan kecil-kecilan tetapi sampai mana kita hendak berada pada tahap yang sama oleh itu…renung renung la sendiri…apabila meceburi dunia perniagaan kita memperuntukkan sejumlah wang….
Baharuddin - 17 Mar 2009, 12:05am BERAPA HARGA MESIN WASHER DAN DRYER YG BERSESUAIAN UTK KEDAI DOBI JENIS FRONTLOAD JENAMA MAYTAG DAN SPEED QUEEN........
Saya ingin menjual mesin basuh dan dryer second hand (5 bulan) untuk sesiapa
yang baru hendak membuka kedai dobi dan untuk pengusaha dobi yang berhasrat
untuk menambah mesin dobi..
Jenis mesin yang hendak dijual adalah :
2 unit washer 10 kg jenama Fisher & Paykel
1 unit dryer gas 9 kg jenama Maytag
1 unit tong gas untuk dryer
Setiap satu unit dijual dengan harga RM 4,300/unit
semua mesin tersebut baru digunakan selama 5 bulan, mesin masih dalam keadaan
baik, jika berminat boleh datang ke kedai dengan menghubungi kami di talian
017-3016766 - Isa. Harga yang diatas adalah termasuk penghantaran sehingga ke
kedai anda. Hubungi sekarang untuk sebarang pertanyaan....
Mohamad Darwish - 03 Sep 2012, 11:06am Tolong emailkan kepada saya senarai harga mesin dobi anda termasuk dengan kapasiti muatan setiap mesin serta jenama dan buatan dari mana keluaran setiap mesin. Kalau boleh secepat mungkin bcoz saya dalam proses nak beli mesin. TQ
Page 1 (Total comments 10)
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas by MFA members or the public are solely the opinion and responsibility of the person posting the message.
MFA does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT/REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum.
This forum is NOT intended to be a source of advertising, self-promotion or disparagement.
MFA assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents.
Visitors may post questions, comments and replies without prior review by MFA, however MFA reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason.
However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by MFA.
By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of MFA.
Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.
Malaysian Franchise
Association
1st Floor Wisma Motor, 339 Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : 603-2697 1557, Faks : 603-2697 1559, E-mail :
secrtmfa@mfa.org.my