Register ¤ Login
Ingin Pandangan dan Tunjuk Ajar Tentang Franchise 1901
Mujahidin Abd Majid - Thu 29/Apr/10, 9:42pm [Last Comment]

ingin pandangan dan tunjuk ajar dari orng yang ada pengalaman/dah berjaya membuka franchice 1901.
jenis Snack Café.
1.modal 250k. mencukupi?
2.angaran sale pada setiap hari?
3.gaji pekerja?
  1. Ijul JB - 30 Apr 2010, 1:09pm
    Salam saudara Mujahidin...
    rasanya modal 250k tu dh cukup utk buka 1 snack kafe utk 1901 ni. untuk soalan yang ke 2 & 3 tu, elok rasanya saudara pergi ke mana2 outlet & buat sedikit survey pada pekerja@owner outlet tersebut.

  2. Alynn 2 - 01 May 2010, 8:53pm
    Saya nasihatkan saudara membuat survey dulu ke outlet yang sedia ada. Minta pendapat dari owner outlet yang terdiri dari franchisee bukan outlet yang dimiliki oleh franchisor. Saya kenal dengan 3 orang bekas franchisee 1901 yang dah tutup perniagaan mereka iaitu di Jusco Taman Equine, Sunway Canival, Penang dan Queensbay Mall, Penang. Kesian saya pada mereka kerana terpaksa menanggung beban hutang yang banyak sekarang ni.

  3. Faisol - 02 May 2010, 6:44pm
    salam, betul tu kata alynn 2..kalau bisnes takde kena tutup pastu kena lagi tanggung hutang plak..sgt tnggi risikonya..
    apakata awak mohon kedai franchise dari e-cosway modal rm500k dibantu sepenuhnya,sewa kedai bulanan dan bil elektrik di selesaikan syarikat tiap bulan,awak hanya bayar bil telefon,bil air dan gaji pekerja saja, ada kedai serbaneka,farmasi,minimarket,butik, salon,dan kedai organik..sila email saya utk pertanyaan. fdarus82@gmail.com atau fon 0142329663

  4. Kow Deck Chorng - 02 May 2010, 11:05pm
    En. Mujahidin Abd Majid,
    Sekiranya anda berminat untuk memiliki F&B Franchising dengan harga yang rendah, bolehlah anda menghubungi saya untuk detail. dckow@hotmail.com atau call me 016-2698177 (Kow)

  5. Shamsudin Abu Samah - 04 May 2010, 11:25am
    Salam Sdr Mujahidin, pandangan semua di atas perlu diambil kira. Apa pun jgn patah semangat. Jangan gopoh. Buat kajian pasaran dulu. Bijak pilih lokasi. Pilih lah biz yang betul-betul sesuai dan mendapat pasaran ditempat itu.

  6. Dyno - 04 May 2010, 4:41pm
    Ye lah. Pendapat saya sistem franchise kat M'sia ni banyak masalah. Ia cuma menguntungkan franchisor sahaja.

    Bayangkan franchisee terpaksa meminjam dengan jumlah yag banyak hanya untuk membayar berbagai2 fee yang terlalu tinggi. Sedangkan perniagaan franchise tersebut tidak menjamin keuntungan yang banyak.

    Bayangkan anda terpaksa meminjam bank atau PNS sebanyak 300k - 500k untuk membuka sebuah restoran laksa franchise. Berapa banyak yang mesti dibayar bulanan? Anggaran kasar ialah melebihi 7 - 8k sebulan. Itu belum ditolak kos tetap seperti sewa, gaji pekerja, eletricity, air dsb. Kalau untung kasar cuma 10k sebulan (estimate utk small - midsize restaurant) berapa banyak owner nak makan/dapat untung?

    Contoh lain: Gerai burger/hotdog, kalau pandai buat sendiri, kosnya cuma dalam 3 -5k sahaja. Tetapi jikalau difranchise kosnyer meningkat hingga 20 - 50k sebuah. Setelah ditolak hutang loan, mana franchisee nak dapat untung? Berapa banyak profit yang boleh dapat untuk stall burger? Sebab itu sering kita dapati sistem franchise bagi produk jenama tempatan seringkali tidak mendatangkan keuntungan, yang kemudiannya bisnes tersebut terpaksa ditutup kerana franchisee dah habis segala wang yang ada untuk dibuat perbelanjaan modal kerana untung tak cukup atau franchisee default loan dan declare bankrupt.

    Yang rugi kemudian hari tentulah franchisee dan PNS serta kerajaan sendiri yang akan dikritik kerana telah menghabiskan wang rakyat. Oleh itu, diharap MFA dan menteri yang berkaitan hendaklah menyiasat dan memperbaiki sistem franchise di negara ini supaya perniagaan ini berkembang maju di masa hadapan..

  7. Rahman - 05 May 2010, 6:50am
    Setuju dgn Dyno -> Akta franchise yg ada lebih memihak & menguntungkan franchisor. Franchisee pula kena tanggung terlalu banyak beban dan risiko. Sebab itulah ada ura2 kerajaan nak pinda akta franchise 1998 utk lebih melindungi franchisee.

    Satu lagi bhgn franchise ni selalu bertukar2 kementerian. tak silap saya dah 3-4 kali nama kementerian bertukar2 dan duduk dibawah department yg berlainan.

    Kalau macam ni susah lah. Mana menteri yg nak bertanggungjawab utk long run?

  8. Ozlan Bin Mohd Zain - 14 Jun 2010, 7:33pm
    untuk menjadi rakan niaga pernaigaan steamboat sila lawati laman facebook Lok Lok King on Wheels

  9. Hajjah Zunaidah Binti Sudik - 29 Jul 2010, 6:06pm
    En Mujahidin jika berminat utk mengambil alih 1901 kami ada seorang kawan yang hendak menjual kedai tersebut dengan harga berpatutan hubungi kami di talian 017 361 1901

Page 1                        (Total comments 9)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas by MFA members or the public are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. MFA does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT/REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. This forum is NOT intended to be a source of advertising, self-promotion or disparagement. MFA assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by MFA, however MFA reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by MFA. By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of MFA. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.