Register ¤ Login
Francais Nasi Kukus Ayam Dara
Bob Maeps - Wed 24/Mar/10, 10:12pm [Last Comment]

Saya adalah seorang usahawan kecil makanan yang bergiat aktif di pasar malam. Sekarang juga saya sudah bermula mem"francais"kan perniagaan ini kerana saya lihat memang ada potensi untuk maju malah dah mula dapat tempahan tetap dari sebuah universiti (IPTA). Konsep dah ada..kelebihan marketing pun dah ada. Apa yang saya perlukan dimanakah saya boleh dapatkan dana yang boleh membantu saya untuk mendapat modal tambahan untuk membina satu pusat operasi atau dapur sentral yang besar bagi memenuhi permintaan pelanggan saya di seluruh lembah klang. francais nie berkonsepkan stall..francaisi cuma monitor operasi sahaja..segala urusan makanan pusat operasi yang buat delivery ke stall setiap hari...

kalau ada sesiapa yang ada idea atau pandangan sila email saya di mainmasak2@gmail.com
  1. Rahman - 25 Mar 2010, 10:45am
    Bob -> apasal letak perkataan "main masak masak". Saya tengok bisnes ni serius & berpotensi tinggi. Baik buang perkataan "main" tu.

    Anyway, di kaw rumah saya ada Nasi Kukus Ayam ni. memang popular. Susunan bekas kukus dia tinggi melangit... maknanya laku sangat2 lah tu. Tokehnya pun (dulu cuba2 jual goreng pisang, sekrg fokus pd nasi ayam kukus shj).

    Tokeynya senyum melebar je sekrg ni. RM5 satu bungkus. Yg peliknya bagi saya agak mahal (berbanding nasi ayam biasa RM 3.5 - RM4) tapi tetap popular & laku.

  2. Rahman - 25 Mar 2010, 10:56am
    Satu lagi saya lupa Bob, kalau nak franchisekan kena daftarkan di ROF. Bob boleh pergi ke ofis MFA dan dapatkan maklumat lanjut. Sebelum dapat kelulusan ROF, tak boleh guna perkataan "franchise" lagi. nanti kena dakwa dgn ROF dibawah akta Franchise 1998.

  3. Agus - 26 Mar 2010, 11:58am
    U BOLEH PG SME ATAU CGC MINTA SKIM DAGS......atau skim sped ..bank rakyat pun ada skim ini....kertas kerja untuk f n b ..pun i ada....

  4. Bob Maeps - 30 Mar 2010, 2:15pm
    tq.en rahman...entah le...saya lebih dikenali dengan nama tu dulu kerana "lain" dari "lain"..sampai pegawai SSM pun senyum tgk saya...ok la tu orang beri attention....btw..mungkin juga saya akan ubah..tapi belum lagi masanya.

    pasal harga tu jangan salah faham ayam dara potong 4 bukan potong 8 macam nasi ayam. Kemudian..stok ayam dara bukan macam ayam biasa boleh senang dapat...hanya sesetengah supplier ayam yang boleh beri kita stok..itu yang saya lalui la..kerana setahun lepas saya guna ayam biasa sahaja..sehinggalah dapat kenal supplier yang baru nie

  5. Bob Maeps - 30 Mar 2010, 2:19pm
    en.rahman maaf saya guna perkataan francais tu..walaupun belum daftar...otai,sempoi oblong,vzam iceblend semua tu dah daftar dengan MFA ke?...saja nak tahu utk kepastian.

    btw..thanks..nantie saya fikirkan alternatifnya..

    to agus..thanks...skim apa semua tu saya tahu..tapi biasalah...birokrasi...saya lebih suka deal dengan private investor..tapi mana tahu kan..saya akan cuba juga

  6. MFA Admin - 01 Apr 2010, 11:37am
    Bob Maeps, hanya Otai sahaja yang menjadi ahli persatuan. Untuk pinjaman francais Bob boleh dapatkan khidmat nasihat daripada PNS melalui skim Pra Francais.

  7. Sitibaizurah Binti Mustapha 2 - 07 Aug 2010, 11:01am
    Salam BOB....
    Jangan lupa KAK SITI YE..!!!!
    Lepas Raya kita start

    012-3773818

  8. Fairuz 4 - 03 Oct 2010, 11:49pm
    program rakan niaga penipu..!! dah ramai org yg terkena termasuk saya.. duit dahbayar jadi rakan niaga.. bob skang dh ilang.. ramai forumer yg tengah carik bob skang.. dia dah bwak larik duit dekat rm70k..

  9. Sha 7 - 08 Oct 2010, 9:27am
    la..menipu ke?? excited je baca dari atas..

  10. Muniey - 12 Oct 2010, 11:53pm
    sy berminat utk membuka perniagaan ns ayam kukus dara kt kuantan..nk tye ada ke pembekal yg boleh bekalkan utk sy...klu ada leh call s muniey 013 9679314

  11. Paknik 2 - 04 Nov 2010, 11:16pm
    Ini Pak Nik, orang yang memperkenalkan Nasi Kukus Ayam Dara dilembah kelang.
    Nak tegur sikit ya... jangan marah.
    "Ayam Dara" sebenarnya adalah Ayam kecil Diperap Adunan Rempah Asli. Dalam istilah peniaga ayam, ayam kecil adalah baby chicken, tapi ramai peniaga tak tahu dan menguna anak ayam (spring chicken) sebagai alternatif. Ayam ini jarang dapat fresh, banyak frozen sebab mudah hanyir. Orang cina guna ayam ini buat sup.
    Kalu nak tahu lebih sila hubunggi saya.

  12. Zar 3 - 12 Feb 2011, 12:29am
    paknik nak nak nak resepi..emel saya m_zarifs@yahoo.com

  13. Jeffrey - 26 Mar 2011, 2:00am
    Pak nik mahupun bob.Boleh tak email sy no telefon sebab sy dan rakan hendak bukak perniagaan ini di perak.Sy nak blaja dari awal.berguru.tlg email sy di jeffrey_fardlullah@yahoo.com

    Saya nantikan.thanks

  14. Rohaizan Shafie - 03 Apr 2011, 4:42pm
    Saya Pembekal Ayam dara.Kepada Peniga ayam dara atau ayam golek disekitar Kuala Lumpur dah Selangor boleh menguhungi saya sekiranya memerlukan bekalan ayam dara fresh atau frozen

    Rohaizan Shafie
    0169704360

  15. Ummi12 - 10 Apr 2011, 5:50pm
    penipu ko bob!!!! aku doakan ko xtenang dunia akhirat selagi ko xpulang duit kitorang!!!!

  16. Azlan 80 - 17 Jul 2011, 11:33pm
    peh..makan duit haram..

  17. Khairul Anuar Bahari - 24 Dec 2013, 3:35pm
    Pak nik, email sy no phone tuan. Sy nak mulakn perniagaan nasi kukus ni d area Shah Alam dan Klang. khairulanuarbahari@gmail.com

Page 1                        (Total comments 17)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas by MFA members or the public are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. MFA does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT/REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. This forum is NOT intended to be a source of advertising, self-promotion or disparagement. MFA assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by MFA, however MFA reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by MFA. By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of MFA. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.